Pengenalan MUET
MUET ataupun Malaysian University English Test ialah ujian bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat pra-universiti, matrikulasi, asasi, diploma, dan STPM. MUET mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan malaysia pada tahun 1999 dan ia dikendalikan oleh Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia. Tujuan MUET diperkenalkan adalah untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi . Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.
Peperiksaan MUET ini dijalankan tiga kali setahun dan dijangka akan berlangsung pada bulan Mac, Julai dan November. Kadar bayaran yuran MUET ini adalah RM 100 untuk setiap calon yang ingin menduduki peperiksaan ini. Jadual peperiksaan ini boleh disemak di laman web Majlis Peperiksaan malaysia.
Markah penuh ialah sebanyak 300 markah dan keputusan diberikan berdasarkan gred yang dinamakan Band. Kebanyakkan universiti di Malaysia, menetapkan minimum Band 3 untuk layak melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Syarat kemasukkan berdasarkan nilai Band juga bergantung kepada program yang diambil.
Terdapat empat kertas di dalam MUET iaitu :
1. 800/1 (listening/pendengaran) – 45 markah
2. 800/2 (speaking/lisan) – 45 markah
3. 800/3 (reading/ pemahaman) – 120 markah
4. 800/4 (writing/ penulisan) – 90 markah
Sistem Pemarkahan MUET
Band 6 (Jumlah markah 260-300) Penguasaan bahasa yang amat bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai :hampir-hampir tiada kesilapan. Pemahaman yang amat bangus tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa.
Band 5 (Jumlah markah 220-259) Penguasaan yang bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan. Pemahaman yang baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa.
Band 4 (Jumlah markah 180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan. Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa.
Band 3 (Jumlah markah 140-179) Penguasaan yang sederhana. Sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara. Pemahaman yang sederhana tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.
Band 2 (Jumlah markah 101-139) Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salah faham dalam komunikasi. Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad dalam bahasa.
Band 1 (Jumlah markah bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salah faham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan