HURAIKAN CIRI-CIRI DAN SUSUN LAPIS MASYARAKAT
FEUDAL DI ENGLAND.
Feudalisme
ditakrifkan sebagai satu bentuk kerajaan yang memperlihatkan kuasa politik
dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu-individu persendirian dan bukan
oleh kerajaan pusat. Masyarakat feudal bermula di England apabila berlakunya Perang
Seratus Tahun yang merupakan sin i peperangan yang melibatkan pelbagai konflik
di antara dua negara iaitu England dan Perancis. Perang ini berlanjutan selama
116 tahun sehingga meninggalkan kesan kepada masyarakat England apabila muncul
semangat kesedaran nasional di dalam din i orang England. Ketika peperangan ini
berlaku, mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa persuratan dan
institusi kebangsaan berakar umbi di England. Selepas itu, berlakunya pula
perang saudara di England yang dikenali sebagai The Wars of Rose atau
Perang Bunga Mawar. Sebagai alternatif penamat huru-hara yang berlaku,
masyarakat England telah terpaksa menerima suatu sistem pemerintahan yang
dikenali sebagai sistem pemerintahan beraja mutlak.
Seterusnya, penubuhan monarki
kebangsaan di Eropah pada abad ke-15 telah merintis jalan kepada kemunculan
pemerintahan berkuasa mutlak pada abad ke-16 dan ke-17 di England. Ketika abad
itu, masyarakat Eropah telah mempercayai sistem pemerintahan beraja mutlak
adalah sistem yang memperlihatkan bahawa seseorang raja dilantik oleh Tuhan
untuk memerintah rakyatnya. Oleh itu, tugas rakyat kepada raja adalah membantu raja
tanpa soal. Jika seseorang raja itu kejam dan tidak adil, rakyat harus menerima
juga pemerintahannya dengan tenang sebagai hukuman ke atas dosa-dosa mereka.
Pandangan tentang perkara ini telah diterima oleh institusi gereja dan mendapat
sokongan daripada raja.
Penerimaan pemerintahan
berkuasa mutlak ini menyebabkan masyarakat England berada dalam sistem
masyarakat feudal. Di England, masyarakat feudal terbahagi kepada dua golongan
iaitu golongan pemimpin dan golongan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri
daripad a raja, bangsawan / baron, dan knight. Manakala golongan yang
dipimpin ialah petani atau rakyat biasa yang dikenali sebagai serf Dalam
masyarakat feudal, raja mempunyai kuasa mutlak. Antara ciri lain seorang raja
adalah, raja menjadi pusat segala kekuasaan dan raja hanya bertanggungjawab
kepada Tuhan dalam menjalankan pemerintahan bukan kepada rakyat dan rakyat
tidak mempunyai apa-apa hak untuk membantah pemerintahan raja sama ada baik
mahupun tidak.
Kedudukan tertinggi raja
ini diperlihatkan dalam era pemerintahan Dinasti Tudor pada tahun 1485 sehingga
1603. Walaupun raja-raja mengarnalkan sistem pemerintahan beraja mutlak tetapi
masih berpegang kepada tradisi politik England yang telah wujud pada Zaman
Pertengahan. Ketika itu, raja-raja masih menghormati prinsip pembatasan kuasa
pemerintah yang terdapat dalam Magna Carta. Maka, pemerintahan raja-raja tidak
sepenuhnya membelakangi parlimen. Pembatasan kuasa pemerintah ini
memperlihatkan bahawa rakyat England pada abad ke-16 menerima idea bahawa raja
dilantik atas kehendak Tuhan, tetapi tidak menerima kepercayaan bahawa Tuhan
telah memberi raja-raja kuasa mutlak untuk menjalankan pemerintahan. Pembatasan
kuasa ini memperlihatkan England mengamalkan sistem monarki terhad apabila raja
tidak boleh mengubah undang-undang yang telah tercatat dalam Magna Carta sejak
tahun 1215.
Seterusnya, era
pemerintahan Raja Henry VII di England menduduki hierarki tertinggi dalam
masyarakat feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara. Da lam
mengukuhkan kewibawaannya, Raja Henry VII juga telah mengadakan perikatan
politik melalui perkahwinan. Salah satu contoh perikatan politik melalui
perkahwinan yang dijalankan oleh Raja Henry VII adalah perkahwinan antara
Arthur dengan Caroline (puteri Sepanyol). Walaupun Arthur meninggal dunia
selepas beberapa bulan perkahwinannya, Catherine masih menetap di England dan
berkahwin dengan putera kedua Raja Henry VII yang kemudiannya menjadi Raja
Henry VIII. Manakala era pemerintahan Dinasti Tudor berakhir apabila Ratu
Elizabeth I meninggal dunia tanpa meninggalkan waris. Raja James I merupakan
pemerintah England yang memulakan pemerintahan Dinasti Stuarts di England.
Baginda telah memerintah dari tahun 1603 hingga tahun 1625. Raja James I juga
telah memperkenalkan beberapa dasar pemerintahan sepanjang pemerintahannya.
Raja James I merasakan wujud pembatasan kepada kuasa raja apabila terdapat dua
dewan, iaitu Dewan Parlimen dan Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan ini mempunyai
kuasa tentang cukai dan undang-undang.
Raja James I menggunakan
sistem kewangan yang mengguna pakai sistem sedia ada, iaitu pendapatan tetap
yang diterima daripada harta dan kutipan diraja, cukai kastam dan sebagainya.
Manakala, cukai tanah dan lain-lain ditetapkan oleh parlimen. Situasi tersebut
menyebabkan Raja James I perlu merayu kepada parlimen untuk mendapatkan
peruntukan tambahan namun permintaan baginda tidak dilayan oleh parlimen.
Keengganan parlimen ini telah menyebabkan Raja James I bertindak menggunakan
kuasa mutlaknya dengan menaikkan cukai kastam dan beberapa kuasa yang boleh
dikuasainya. Parlimen menentang tindakan tersebut namun hanya mengundang
kemarahan Raja James I. Putera Raja James I, iaitu Raja Charles I juga
menjalankan pemerintahan seperti ayahandanya. Raja Charles I mendapati sukar
mendapatkan peruntukan tambahan daripada parlimen. Oleh itu, Raja Charles I
melakukan beberapa tindakan yang mendorong parlimen mengadakan persidangan
memaksa Raja Charles I menandatangani
Pengisytiharan Hak pada tahun 1628. Pengisytiharan
tersebut bertujuan melindungi rakyat daripada kekuasaan raja. Namun, Raja
Charles I tidak menerima syarat tersebut. Ahli parlimen yang tidak berpuas hati
dengan pendirian Raja Charles I telah mengadakan persidangan tersebut. Raja
Charles I kemudiannya telah menangkap sembilan orang ahli parlinlen selepas
persidangan tersebut dan membubarkan parlimen. Baginda telah mengambil
keputusan untuk memerintah secara mutlak tanpa parlimen selama sebelas tahun.
Keadaan tersebut mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan
golongan peniaga.
Kesemua tindakan
yang diambil oleh Raja Charles I telah memeranjatkan golongan bangsawan,
pemilik tanah, dan golongan borjouis sehingga mencetuskan perang saudara antara
puak raja (cavaliers/royalist) dengan puak parlimen (roundheads). Perang
saudara tersebut tercetus pada tahun 1642 hingga tahun 1649. Akhirnya
kemenangan berpihak kepada parlimen di bawah pimpinan Oliver Cromwell. Kesannya,
Raja Charles I tidak lagi berkuasa dalam parlimen dan dihukum pancung oleh
Parlimen Rump. Seterusnya, Oliver Cromwell telah menubuhkan pemerintahan Komanwel
dan Protectorate di England. Namun, pemerintahan Oliver Cromwell
bersifat diktator, iaitu parlimen hanya akan bersidang jika membawa kepentingan
kepada beliau. Apabila Oliver Cromwell meninggal dunia, putera Raja Charles I,
iaitu Raja Charles II menaiki takhta dan berjanji akan mematuhi dan menghormati
parlimen. Beliau kemudiannya memansuhkan Komanwel dan meluluskan undang-undang
mengikis fahaman Puritan dari England.
Dalam masyarakat feudal di
England raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas semua tuan tanah (lord) dan
pemilik semua tanah dalam kerajaannya. Penguasaan tanah oleh raja dalam
masyarakat feudal membolehkan raja berhak memutuskan kepada sesiapa untuk
memajakkan tanah yang dimiliki. Golongan baron dan knight juga
diberi tanah oleh raja sebagai ganjaran terhadap perkhidmatan yang diberikan.
Sebagai balasannya, golongan bangsawan harus membekalkan askar-askar untuk
peperangan. Pemberian tanah kepada golongan bangsawan juga membolehkan raja
memperoleh pendapatan daripada cukai-cukai yang dikenakan terhadap golongan
bangsawan dan seterusnya mempertahankan kuasa.
Bangsawan atau baron berada
dalam hierarki kedua selepas raja. Baron memainkan peranan penting dalam pentadbiran
dan ekonomi. Raja juga akan mengurniakan gelaran kepada bangsawan seperti count,
duke, baron (lord), dan vassal. Duke berada dalam
hierarki tertinggi diikuti oleh baron dan vassal. Golongan
bangsawan yang menerima tanah daripada raja akan memerintah di tanahnya.
Seterusnya, knight pula berada dalam golongan ketiga selepas golongan
bangsawan. Knight mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf
untuk mengusahakan tanah tersebut semasa ketiadaan knight. Sebagai balasan,
serf akan memberikan khidmat kepada knight dan knight akan
melindungi serf dan keluarganya.
Kehidupan knight dalam
masyarakat feudal akan ditentukan oleh raja dan baron. Oleh itu, mereka
menumpukan masa dengan meningkatkan kemahiran dalam bidang ketenteraan. Pada
abad ke-16, kedudukan knight telah diperkukuhkan dengan mengambil
tentera upahan bagi menentang pemberontak atau musuh. Pengambilan tentera
upahan ini dapat menjamin kestabilan politik dan membawa kamajuan ekonomi dalam
masyarakat feudal. Kesimpulannya, knight tidak lagi mendominasi
komposisi pasukan tentera.
Rakyat biasa yang dikenali
sebagai serf atau petani berada di bawah sekali dalam lapisan
masyarakat. Kehidupan mereka tidak bebas dan tidak boleh berpindah dan sentiasa
di bawah pengawasan raja dan baron. Lord manor atau institusi manor
merupakan institusi yang melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi
membolehkan petani merayu untuk keadilan, mendirikan kilang dan mendirikan
gereja untuk penduduk kampung. Golongan petani yang menerima keistimewaan
tersebut terpaksa berhutang dan memberi khidmat kepada lord. Di bawah
sistem manor, kesemua bahan yang dihasilkan daripada tanah digunakan dalam
manor dan mewakili golongan primitif.
Golongan
petani juga melakukan khidmat buruh. Antaranya adalah membina bangsal, menggali
pant, membina dan membaiki jalan serta melakukan pembersihan hutan. Namun,
kehidupan golongan petani berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di
England. Golongan serf kini bebas daripada tuan tanah selepas berlaku
peningkatan dalam pertanian dagangan, kemunculan bandar, dan perkembangan
sektor perusahaan.
Kesimpulannya, masyarakat feudal
di England telah mengalami perubahan berikutan perkembangan perdagangan,
kestabilan politik dan kemunculan bandar-bandar baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan