Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis
kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi
satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat
sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Lantaran resam yang majmuk ini, maka
banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional telah
berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang
kita. Tonggak penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada
masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Keadaan ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada
masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan
keadaan yang demikian. Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung,
penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau
sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan
interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh hal
yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat
antaranya termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan
lain-lain. Namun begitu,akibat daripada kemajuan dunia dalam pelbagai
skop,permainan ini seolah-olah dianaktirikan begitu sahaja oleh masyarakat
kita. Oleh itu,pelbagai langkah yang pragmatik perlu dilaksanakan dalam usaha
menggiatkan permainan tradisional pada hari ini.
Keluarga mendukung obligasi yang dominan dalam usaha ke arah menggiatkan
permainan tradisional tanah air. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menghadiahi
anak-anak dengan set-set permainan tradisional sebagai hadiah hari lahir iaitu
congkak dan gasing. Melalui langkah ini,ternyata anak-anak akan berasa terhibur
dan teruja selain dapat mengenali warisan nenek moyang kita .Pada waktu
senggang, ibu bapa boleh membawa setiap ahli keluarga mereka bermain permianan
tradisional ini agar anak-anak akan mempunyai semangat untuk bermain permainan
ini memandangkan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bahkan,ibu bapa
juga mampu menyerapkan minat terhadap permainan ini dalam kalangan anak-anak
dengan menggalakkan mereka menyertai pertandingan permainan tradisional di
peringkat sekolah mahupun anjuran badan-badan bebas. Hal ini dapat mencambahkan minat generasi muda untuk terus
berkecimpung dalam tradisi permainan ini. Golongan pascamerdeka khususnya
generasi baru sepatutnya menyanjung dan menjunjung warisan budaya kita persis
peribahasa Melayu yang berbunyi biar mati anak,jangan mati adat. Oleh
itu,setiap ahli keluarga terutamanya ibu bapa memikul tanggungjawab murni untuk
mempopularkan permainan tradisional negara kita.
Selain itu,permainan tradisonal juga dapat digiatkan
dengan adanya peranan daripada pihak sekolah. Pihak sekolah boleh memainkan
peranan dengan menganjurkan kelab permainan tradisionald dalam aktiviti
kokurikulum. Dalam hal ini,pihak sekolah perlu memastikan kelab ini bergerak
secara aktif bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Pelajar sekolah perlu
diberi galakkan untuk menyertai kelab ini kerana dapat didedahkan dengan
pelbagai jenis permainan tradisional yang boleh menjadi salah satu hobi mereka.
Sebagai contoh, permainan congkak,permainan gasing dan permainan batu
seremban.Bahkan, pelajar juga dapat mendominasi teknik bermain permainan
warisan ini dengan tepat dan betul. Dengan itu, mereka akan lebih menguasai
permainan ini kerana mereka telah belajar dengan orang yang berpengalaman dan
profesional kerana jauhari jua yang mengenal manikam. Pihak sekolah boleh
menjemput pihak luar seperti orang perseorangan yang mahir dalam sesuatu
permainan tradisonal untuk mengajar asas dan teknik permainan. Pelajar akan
dibimbing secara efektif dengan pihak yang berkemahiran itu.Sebagai contoh,
dalam permainan congkak, pelajar dapat mengetahui tentang guli yang dikenali sebagai buah dan
kawasan pemain dikenali sebagai rumah. Pihak sekolah juga boleh menggiatkan
permainan tradisional dalam kalangan pelajar sekolah dengan menyediakan lebih
banyak alatan permainan ini. Hal ini mencerminkan dengan jelas sekiranya mereka
sukar mendapatkan permainan ini,minat mereka mulai pudar dan beranggapan
peluang untuk mendekatkan diri dengan permainan amat nipis. Alatan permainan
tradisonal juga sukar diperoleh di pasaran dan kebiasaannya amat terhad.
Pelajar akan menemui kesukaran untuk membeli alatan permainan pusaka nenek
moyang ini. Dengan cara membeli alatan permainan ini terus daripada kilang,kos
untuk membelinya menjadi bertambah murah. Dengan itu, pihak sekolah dapat
membelinya dalam kuantiti borong yang banyak. Dengan adanya pelbagai permainan
tradisional yang dibekalkan oleh pihak sekolah,pelajar akan berminat untuk bermain permainan ini. Bukan sahaja
pelajar yang menyertai kelab ini,bahkan semua pelajar boleh mencuba untuk
bermain permainan tradisional ini. Masalah seperti kekurangan peralatan untuk
bermain tidak akan timbul lagi. Pihak sekolah juga boleh menjadi pendukung utama
dalam mempopularkan permainan tradisonal dalam kalangan pelajar sekolah dengan
menyediakan tempat-tempat permainan ini. Hal ini akan memudahkan mereka untuk
bermain dalam suasana yang selesa dan kondusif. Mereka menyediakan padang untuk
bermain gasing dan kawasan yang luas untuk bermain wau. Oleh hal yang demikian,
usaha-usaha untuk menggiatkan permainan dalam kalangan masyarakat dapat
dilaksanakan dengan adanya peranan pihak sekolah dalam memikul obligasi
tersebut kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Dalam fasa itu,masyarakat memainkan peranan yang tidak
kurang pentingnya dalam menjayakan usaha ini. Pihak masyarakat wajar memberikan
sokongan terhadap permainan tradisional dengan menubuhkan kelab permainan
tradisonal di tempat tinggal. Dengan wujudnya kelab-kelab seperti ini seperti
kelab sepak raga,kelab congkak dan kelab wau, usaha untuk membaja kembali
permainan ini akan menjadi lebih mapan. Hal ini demikian kerana dengan adanya
kelompok besar masyarakat yang memperjuangkan warisan ini, permainan
tradisional tidak akan lapuk dek hujan,tidak akan lekang dek panas. Hal ini
berbeza sekiranya perjuangan mempertahankan permainan hanya mengharapkan
sebilangan kecil rakyat Malaysia kerana sebatang lidi amat mudah
dipatah-patahkan berbanding seberkas lidi. Pastinya,dengan penglibatan bilangan
komuniti yang ramai,usaha untuk mempopularkan permainan nenek moyang ini tidak
akan menjadi sekadar hangat-hangat tahi ayam. Tambahan lagi, masyarakat perlu
berusaha untuk mewujudkan tapak permainan tradisional di kawasan perumahan
mereka. Hal ini dapat menarik perhatian penduduk sekitar beriadah sambil
memainkan permainan ini. Pelbagai pertandingan berkisarkan permainan
tradisional dapat dianjurkan di tapak itu bagi mengelakkan permainan ini daripada
terus berkubur begitu sahaj tanpa mendapat sebarang pembelaan. Oleh hal yang
demikian, pihak masyarakat perlu berganding bahu dalam mengetengahkan permainan
tradisional agar permainan ini akan terus utuh berdiri dalam arus perdana.
Langkah yang paling afdal bagi memajukan permainan
tradisional ialah kerajaan hendaklah mengadakan lebih banyak lagi kempen dan
promosi yang progresif menerusi media massa serta media cetak bagi mendedahkan
masyarakat tentang peri pentingnya kita
menjaga warisan nenek moyang kita iaitu permainan tradisional yang sudah lama
wujud di negara kita ini. Kita acap kali diperdengarkan mengenai peribahasa
yang berbunyi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah
kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman.
Dengan itu, Kementerian Warisan dan Kebudayaan telah mengambil langkah bagi
mempopularkannya dengan mengadakan kempen seperti kempen “Jom Main Permainan
Tradisional” dan pertandingan ‘Festival Layang –Layang Antarabangsa’ yang merupakan
rencah maslahat untuk memajukannya. Langkah tersebut penting supaya ahli
masyarakat tidak kira dari dalam negara mahupun
luar negara mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional
sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta.
Bukan itu sahaja, kerajaan juga boleh menetapkan satu bulan sebagai ‘Bulan
Permainan tradisional’.Oleh hal yang demikian,dengan adanya langkah proaktif
tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan
budaya untuk generasi yang akan datang.
Minat
yang mendalam terhadap permainan tradisional seperti wau,layang-layang,sepak
raga, gasing dan sebagainya tidak mencukupi sekiranya tiada kemudahan untuk
memainkannya.Bagi menangani isu ini, kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak
tempat atau gelanggang permainan tradisional untuk memudahkan rakyat bermain permainan ini. Pembinaannya pula
hendaklah di tempat-tempat yang strategik seperti di sekitar taman perumahan
supaya setiap lapisan masyaarkat lebih-lebih lagi golongan belia dapat
menghabiskan waktu senggang mereka dengan bermain permainan tradisional. Selain
itu,jurulatih yang terlatih juga patut disediakan di setiap gelanggang bagi
mendidik para pemain tentang cara-cara sebenar untuk memainkannya. Gandingan
kedua-dua ini dapat menambahkan bilangan peminat permainan tradisional di
seluruh negara sekali gus mempopularkannya di mata dunia. Sekolah juga
memainkan peranan penting dalam memajukan permainan tradisional ini. Oleh itu,
kerajaan boleh menetapkan pemainan tradisional sebagai salah satu aktiviti
kokurikulum di sekolah. Kelab Permainan Tradisional juga boleh ditubuhkan serta
pihak sekolah boleh menjadikan permainan tradisional sebagai salah satu acara
dalam sukan. Kerjasama yang erat antara kaum ibarat aur dengan tebing dalam
permainan ini dapat meningkatkan
perpaduan dan merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain sekali gus
visi kudsi 1 Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perpaduan
dapat digarap sepenuhnya.
Secara
tuntas, pelbagai pihak memainkan peranan yang sepada dalam usaha mempopularkan
permainan tradisional. Oleh itu, mereka perlulah mengambi langkah yang
vital,imperatif ,kritis dan pragmatik supaya dapat memanifestasikan generasi
pelapis negara yang tidak akan lupa akan warisan mereka ibarat kacang lupakan
kulit. Generasi pada hari ini perlu digarap agar menghargai dan menjunjungi
pusaka warisan mereka sejak dari rebung lagi. Barulah warisan permainan
tradisional akan terus hidup subur dalam kehidupan masyarakat kita. Generasi
muda perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan warisan ini tidak
hanyut ditelan zaman. Sekarang tibalah waktunya anak-anak remaja yang merupakan
generasi penggerak wawasan menimba sebanyak ilmu pengetahuan agar dapat
digunakan dalam usaha memelihara permainan tradisional ini pada masa akan
datang. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu bagai lebah menghimpun
madu,agar impian ini tidak akan dipersia-siakan begitu sahaja dan terus dapat
dihidupkan dari semasa ke semasa.
cantik nya blog niiiiii :))
BalasPadamnice
BalasPadamkarangan yang bagus. boleh saya jadikan karangan ini sebagai rujukan.. ??terima kasih atas kerjasama..=)))
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ilmu anda
BalasPadamsalam tuan tahan.. perkongsian ilmu yg hebat..
BalasPadamtahniah anda ada blog yg banyak info..
jemput blogwalking
www.yatiadam.com
tumpang copy ye hehehehe
BalasPadamvery nice essay I like it could be used as a guide
BalasPadamterbaikk .
BalasPadamgreat job bro
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamqqqqqqq
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKarangan ini sgt membantu tq..
BalasPadamKarangan ini sgt membantu tq..
BalasPadamBest...thanks..smart
BalasPadamizin utk mnjdikan karngn ini sbgai rujukan ya . tyou
BalasPadamA+
BalasPadamBackground cantik
BalasPadam