kehidupan yang dilingkari dengan
teknologi canggih tanpa sempadan telah melahirkan satu kelompok manusia yang
hidup serba mudah dan ringkas. Oleh demikian, jenayah juga mula bertukar wajah
seiring dan sejalan dengan arus modenisasi. Jenayah siber adalah antara
penyumbang tertinggi dalam kes-kes jenayah di negara-negara yang maju seperti
Amerika Syarikat,China,Jepun dan Korea selain itu negara yang sedang membangun
seperti Malaysia juga turut menerima ancaman daripada jenyah siber.
Antara faktor utama penyumbang jenayah siber dalam masyarakat ialah kurangnya
maklumat dalam penggunaan teknologi dengan selamat. Dalam teknologi komunikasi
dan maklumat;ICT, masyarakat kurang didedahkan dalam melindungi hak mereka
sebagai pengguna. Kebanyakannya menggunakan teknologi atas desakan trend atau
tidak mahu dilabelkan ketinggalan zaman. Oleh demikian, pengguna sering alpa
dalam mengikuti arus globalisasi. Misalnya apabila kemunculan laman sosial
bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan, menyebabkan ramai berlumba-lumba
menyertai laman sosial tanpa mengetahui risiko dan kesan sekiranya tidak
prihatin dalam penggunaannya. Facebook,Twitter,My Space, Skype dan Yahoo
Masengger antara laman sosial yang mendapat sambutan hangat daripada pengguna.
Ramai pengguna cuai dalam penggunaan laman sosial iaitu mempamerkan butir-butir
peribadi yang penting seperti nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Oleh
demikian individu yang tidak bertanggungjawab akan “mencuri” atau “meniru
identiti” pengguna untuk keuntungan mereka atau menjatuhkan individu lain.
Merujuk kepada situasi ini, maka tidak hairanlah jenayah siber semakin meluas
dalam kalangan masyarakat.
Selain itu, jenayah siber juga didorong oleh kemunculan Internet sebagai alat
komunikasi terkini yang menjanjikan wadah penyebaran makumat yang cepat dan
mudah diakses. Oleh kerana perjalanan maklumat di dunia siber tidak diselia
atau dikawal oleh mana-mana organisasi mahupun individu, berjuta-juta laman web
telah dihidupkan.Menurut Cybersecurity Malaysia, peningkatan kadar jenayah siber
merupakan fenomena biasa berikutan perkembangan mendadak pengguna Internet
setiap tahun.
Di samping itu,
graf peningkatan jenayah siber bertambah apabila penggunaan perbankan online
secara meluas diperkenalkan kepada pengguna. Aplikasi pembayaran melalui atas
talian atau online telah mendapat tempat dalam kalangan pihak
perbankan,pentadbir dan laman sesawang untuk membeli-belah atas talian atau shopping
online. Mudah, menjimatkan masa dan tenaga juga fleksibel menyebabkan ramai
pengguna beralih arah menggunakan aplikasi ini. Tiada lagi ramai beratur
membayar bil di bank mahupun di pejabat pos malahan membeli-belah atas talian
juga menjadi ikutan pengguna terutamanya golongan remaja.Antara laman web yang
menawarkan aplikasi ini ialah Amazon.com yang memasarkan buku-buku, pengiklanan
produk-produk terbaru dan tawaran promosi melalui tempahan dan pembayaran, yang
kesemuanya diurus secara online.Begitu juga seperti syarikat-syarikat
penerbangan di Malaysia seperti Airasia, Fireflyz dan Malaysia Airline yang
menjalankan urusniaga seperti tempahan tiket dan pembayaran online.
Terdapat
pelbagai kesan yang menyumbang kepada jenayah siber. aplikasi atas talian akan
memberi impak buruk kepada penguna jika tiada sekuriti atau keselamatan dalam
proses transaksi pembayaran online. Laman web yang tidak rasmi dalam proses
berbankan online akan memudaratkan pengguna iaitu tanpa sedar,mereka sebenarnya
telah memberi kata laluan atau password kepada penjenayah siber. Hal ini
akan memudahkan penjenayah siber untuk menggodam atau mencuri informasi
perbankan pengguna bertujuan mencuri atau memindahkan wang pengguna kepada
akaun penjenayah siber. Selain pengguna, organisasi atau laman sesawang yang
mengunakan aplikasi online ini juga akan menerima ancaman dan gangguan daripada
penjenayah siber dengan menggodam maklumat sulit organisasi dengan niat untuk
membantutkan operasi organisasi tersebut. Jenayah siber seperti ini pernah
berlaku kepada perbankan Maybank pada tahun 2007 apabila pengguna Maybank telah
menggunakan laman web tidak rasmi dalam proses transaksi pemindahan wang dalam
akaun. Malang sekali, pengguna tersebut kehilangan sejumlah wang apabila
maklumat transaksi perbankan diakses mudah oleh penggodam. Kes ini telah pun
membuka banyak mata pihak organisasi dan pengguna dalam berhati-hati mengunakan
aplikasi perbankan, pemindahan atau pembayaran wang secara online.
Di samping itu,
Pelbagai maklumat tidak kira sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda
dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Hanya satu klik
sahaja, pengguna bebas dalam menyampaikan dan menerima maklumat tanpa ditapis
kebenarannya dan hal ini akan memberi kemudahan kepada jenayah siber. Contonhya
dalam kes penyebaran maklumat palsu mengenai kematian Ketua Polis Diraja
Malaysia,Tan Sri Ismail Omar oleh pihak tidak bertanggungjawab. Maklumat palsu
ini telah memberi kekeliruan kepada masyarakat dan pihak pentadbir dalam dan
luar negara. Maka daripada kes ini, jelaslah penyampaian dan penerimaan
maklumat dan informasi tanpa ditapis akan menyumbang kepada gejala jenayah
siber.
Secara tuntasnya, pelbagai pihak haruslah mengembeleng tenaga dalam mengatasi
faktor-faktor jenayah siber. Usaha dan idea berterusan dalam mengekang jenayah
siber oleh setiap lapisan masyarakat dan pihak kerajaan serta pihak berwajib
amat perlu menangani gelaja ini agar tidak menjadi duri dalam daging yang akan
memberi impak negatif dalam kehidupan seharian
terima kasih atas perkongsian.... :D
BalasPadamterima kasih atas perkongsian.... :D
BalasPadamTq
BalasPadamPenerangan serta penggunaan ayat yg menarik dan jelas. Good job.
BalasPadamberapa patah perkataan ni ?
BalasPadamHgghyyf
BalasPadam