Jumaat, 26 Julai 2013

faktor yang mendorong kemunculan masyarakat industri England



BINCANGKAN FAKTOR YANG MENDORONG KEMUNCULAN MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND

Revolusi  perindustrian bermula di England pada abad ke-18. Kemunculan revolusi perindustrian menyebabkan muncul masyarakat industri di England. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlaku masyarakat industri di England.

        Faktor yang mendorong kemunculan masyarakat indusri di England adalah Pertambahan penduduk. Pertambahan penduduk menyebabkan bekalan tenaga buruh yang mencukupi untuk bekerja di sektor perkilangan. Pertambahan penduduk juga menyebabkan wujud pasaran bagi barangan keluaran kilang-kilang perindustrian.

     Selain itu,  Kekayan bahan mentah juga mendorong kepada kemunculan masyarakat industri di England. Terdapat bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan biji besi di England. Penguasaan tanah jajahan turut menjamin bekalan arang batu yang mencukupi untuk kilang-kilang di England.

     Kemajuan dalam sistem pengangkutan juga adalah faktor yang mendorong kemunculan masyarakat idustri di England. Kemajuan dalam pengangkutan membantu pengagihan barangan ke seluruh England. Penggunakan jentera berkuasa wap pula membantu perkembangan sistem pengangkutan seperti kereta api dan kapal laut.

       Faktor yang seterusnya adalah Perkembangan mekantalisme. Menjelang abad ke-16 dan ke-17 muncul kegiatan ekonomi mekantilisme di England. Perkembangan ekonomi ini menyediakan kekayaan dan modal yang mencukupi untuk mempelopori Revolusi perindustrian. Penekanan diberikan kepada latihan kemahiran untuk pekerja menerusi dasar Apprentice.

      faktor yang lain adalah, Modal mencukupi bagi membangunkan sektor perindustrian. Terdapat modal yang mencukupi untuk pelaburan dalam sektor perindustrian, Kerajaan memiliki modal yang mencukupi yang dipusatkan di bank of England. Selain itu, Kemunculan Revolusi pertanian menyebabkan muncul peladang-peladang yang menjadi kaya Peladang-peladang ini sanggup melaburkan lebihan modal dalam sektor perindustrian

        Iklim yang sesuai juga merupakan salah satu faktor. Keadaan iklim di England sesuai untuk perkembangan dalam bidang perindustrian seperti perusahaan kapas di Lancashire yang disebabkan oleh keadaan iklim yang sesuai di England. Iklim yang lembab sesuai untuk menjalankan kegiatan memintal dan menenun kain-kain kapas

   Disamping itu, Kemajuan sains dan teknologi menyebabkan perkembangan Revolusi Perindustrian. Perkembangaan pesat dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan beberapa rekaan dan ciptaan baru ditemui. Penemuan ini menggalakkan perkembangan kegiatan perindustrian di England

   Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan munculnya masyarakat industri di England. Kemunculan masyarakat industri mempunyai kaitan dengan perkembangan Revolusi Perindustrian di England.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan