HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT MARITIM DI
JEPUN PADA ABAD KE-16 DAN KE-17
Masyarakat maritim di Jepun
merupakan masyarakat pedagang dan saudagar. Golongan masyarakat maritim Jepun
menduduki lapisan paling bawah dalam susun lapis masayarakat feudal di Jepun
kerana aktiviti ekonomi yang mereka usahakan melibatkan orang luar yang
dianggap tidak bertamadun oleh masyarakat tempatan. Terdapat ciri-ciri khusus
masyarakat maritim di Jepun.
Kedudukan geografi Jepun mendorong masyarakat maritim di Jepun menjalankan
ekonomi perdagangan antara pulau-pulau utama di Jepun seperti Honshu, Hokkaido,
Okinawa, Kyushu, dan Shikoku. Pasar-pasar kecil berkembang menjadi pusat
perdagangan. Pusat-pusat pertukaran wang, kedai-kedai beras, dan sake bertambah
pesat di Bandar dan wilayah seperti di Kuwana, Sakai dan Hakata. Wujud
pemasaran antara daerah seperti pengeluaran kain kapas di Kinai dan pengeluaran
ulat sutera serta alat tenunan di Fukushima, Yamanashi dan Gumma. Satsuma
menjadi pusat pengeluaran gula yang dipasarkan ke seluruh Jepun.
Ciri-ciri masyarakat maritim seterusnya ialah hubungan perdagangan antara
masyarakat maritim di Jepun dengan perdagangan luar negara. Menjelang tahun
1550, Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan Portugal. Jepun juga
menjalinkan hubungan dagangan dengan pedagang-pedagang British, Belanda dan
Sepanyol. Walau bagaimanapun, hubungan dagangan ini terhad. Misalnya, Belanda
hanya dibenarkan berdagang di Pulau Dashima di bawah seliaan pegawai-pegawai
Jepun. Hubungan dagangan dengan China kemudiannya menggunakan pedagang Portugal
sebagai orang tengah ekoran hubungan dingin Jepun-China.
Selain itu, masyarakat maritim di Jepun mempunyai pusat perdagangan yang
berfungsi sebagai pelabuhan utama di Jepun. Pelabuhan Nagasaki merupakan
pelabuhan utama Jepun dan pintu utama perdagangan luar Jepun. Pulau Dashima
berfungsi sebagai pelabuhan terhad pedagang-pedagang Belanda. Pelabuhan Osaka
menjadi tumpuan golongan daimyo dan samurai serta pedagang tempatan. Kegiatan
penjualan beras pesat di pelabuhan ini.
Masyarakat maritim Jepun
mengusaha sendiri keperluan bahan dagangan. Bandar-bandar kecil berkembang
menjadi bandar perdagangan. Pengeluaran kain kapas di Kinai dan pengeluaran
ulat sutera di Fukushima, pengeluaran gula di Satsuma. Barang dagangan ini
dipasarkan secara meluas di Jepun. Perkembangan industri di Jepun membolehkan
Jepun mengeksport barangan siap ke China dan negara-negara lain. Penduduk Jepun
mengimport barangan tropika dari Asia Tenggara, barangan pengeluaran dari China
seperti sutera, tembikar, buku, lukisan dan wang tembaga.
Masyarakat maritim Jepun
memperoleh kemahiran dan teknologi Barat ekoran daripada hubungan dagangan
dengan negara-negara Barat seperti Portugal dan Belanda. Pemindahan teknologi
seperti teknologi kapal, teknik perang, persenjataan, kesenian serta penyebaran
agama Kristian membantu Jepun membangunkan perdagangan dan perindustriannya.
Perkembangan ekonomi perdagangan oleh masyarakat maritim Jepun telah
menyebabkan pertambahan bilangan golongan saudagar dan pedagang di Jepun.
Golongan ini menjadi kaya dan menjadi golongan peminjam wang di bandar seperti
Mitsui yang mempunyai syarikat persendirian. Masyarakat maritim Jepun
menggunakan mata wang perak dan tembaga secara meluas menggantikan penggunaan
beras dan kain sebagai cara berjual beli barangan di Jepun.
Kepesatan perdagangan berakhir secara mendadak pada tahun 1630-an apabila
pemerintahan Tokugawa mengamalkan dasar tutup pintu kerana perasaan syak
wasangka terhadap orang-orang Barat dan kebimbangan kesan-kesan politik yang
buruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan