Huraikan ciri-ciri masyarakat maritim di
Portugal pada abad ke-16 dan ke-17
Masyarakat maritim adalah masyarakat
pedagangan dan masyarakat berasaskan kelautan . selain berdagang , masyarakat
maritim adalah golongan masyarakat yang menguasai ilmu pelayaran dan perkapalan
. Portugal merupakan Negara Eropah yang paling awal memulakan penerokaan dan
pelayaran ke dunia luar.
Ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal ialah pengamalan ekonomi mekantilisme.
masyarakat maritim Portugal mengamalkan dasar ekonomi mekantilisme yang
menekankan kekayaan, kekuasaan dan kebajikan. Bagi mencapai matlamat tersebut,
Portugal menggunakan pelabuhan Libson sebagai pusat perdagangan dan menjadi
tumpuan pedagang-pedagang Eropah. Portugal melantik Casa Da india untuk
menguruskan pedagang luar Negara. Portugal Berjaya memonopoli perdagangan lada
hitam, kulit kayu manis dan bunga cengkih serta menggunakan 30% cukai ke atas
kauntungan pelbagai aktiviti perdagangan. Portugal menggunakan Antwerp sebagai
pusat pengeksportan dan pengeluaran barangan dagangan Portugal. Kesannya,
Portugal Berjaya menguasai pasaran rempah-ratus yang dikuasai oleh pedagang
venice.
Ciri-ciri seterusnya ialah penguasaan masyarakat maritim Portugal dalam aspek
penerokaan dan penjelajahan. Dorongan Putera Henry membolehkan ramai kelasi
Portugal berjaya menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde, Afrika. Pada
tahun 1847, Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Cape of Good Hope. 1497. Vasco
Da Gama mengelilingi Tanjung Harapan sehingga ke pantai timur Afrika dan
Malindi, sebelum tiba di kalikut, India pada tahun 1499. Pada tahun 1509, Lopez
De Sequiera ke Melaka dan Alfonso De Albuquerque menjelajah Melaka pada 1511.
Pada tahun 1542, pedagang Portugal Berjaya memasuki Jepun. Pada tahun 1557,
pedagang Portugal sampai ke Macau penerokaan dan penjelajahan Portugal juga
melibatkan Negara-negara Amerika Selatan.
Ciri-ciri masyarakat maritim yang lain ialah penguasaan ilmu pelayaran.
Masyarakat Portugal mahir dalam bidang pelayaran . Akedemi laut di
Sagres berfungsi member tunjuk ajar dan pengetahuan dalam bidang ilmu pelayaran
kepada masyarakat Portugal. Tenaga pengajar dari luar seperti ahli pelayaran,
pakar matematik, kartografi dan astronomi.
Ciri-ciri seterusnya ialah masyarakat maritim Portugal memiliki pusat
pelabuhan dan pedagangan dalam dan luar Negara. Portugal mempunyai pelabuhan
utama di Libson dan Antwerp. Kedua- dua pelabuhan ini menjadi pusat perdagangan
utama di Eropah. Portugal juga memiliki pelabuhan luar seperti Cochin,
kapal-kapal dari luar menggunakan pelabuhan ini dan pantai Malabar dikehendaki
menggunakan lesen Portugal. Pusat pelabuhan Portugal di Tanzania dan Kenya
membolehkan Portugal menguasai Lautan Hindi. Penguasaan Portugal terhadap
pelabuhan Melaka membolehkan Portugal menguasai jalan perdangangan di lautan
hindi seterusnya mendirikan pangkalan perdangan di Ceylon, maluku
Sumatera, jawa atau dikenali sebagai kepulauan rempah . Pelabuhan Portugal di
Mozambique berfungsi sebagai pelabuhan persinggahan. Penguasaan Portugal di
Brazil menyebabkan ramai orang portugis membuka penempatan baru di Sao Paulo
dan Bahia.
Selain itu, masyarakat maritim di Portugal juga bergantung kepada keperluan
bahan atau barang dagangan. Kegiatan perdagangan menyebabkan masyarakat maritim
Portugal memerlukan seumber dari luar untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Portugal memperoleh hasil hutan , emas, dan bahan pencelup dari Brazil.
Portugal juga menguasai rempah-ratus, lada hitam, sutera, batu permata, kulit
kayu manis dan bunga cengkih. Keperluan kepada barang dagangan ini membolehkan
Portugal berfungsi sebagai orang tengah dalam penjualan barangan dari Timur.
Portugal juga terlibat dengan perdagangan hamba yang di perolehi dari China,
hamba-hamba ini di jual di Eropah untuk bekerja sebagai buruh pertanian. 1595,
Portugal menghentikan perdangangan hamba ekoran daripada undang-undang yang
mengharamkan perhambaan.
Ciri-ciri seterusnyan ialah masyarakat maritim Portugal memiliki kemahiran dan
teknologi. Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran membina kapal-kapal
besar yang berfungsi sebagai kapal perang sebagai kapal perang dan kapal
dagang. Masyarakat maritim Portugal juga memiliki kemahiran kelautan yang
membolehkan kelasi-kelasi kapal, pelayar-pelayar dan pedagang-pedagang Portugal
menguasai laluan Eropah ke Timur.
Ciri-ciri khusus masyarakat maritim di Portugal ialah golongan pedagang dan
saudagar. Golongan saudagar dan pedagang mendominasi ciri-ciri masyarakat
maritim Portugal. Kegiatan perdagangan domestik dan antarabangsa memberikan
keuntungan ekonomi yang tinggi kepada masyarakat maritim Portugal. Penggunaan
mata wang syiling Ducat, Venice, Florin dan Florence menambahkan kekayaan
golongan saudagar dan pedagang.
Ciri-ciri yang lain adalah hubungan antara masyarakat maritim Portugal dengan
perdagangan luar Negara. Penguasaan cochin pada tahun 1503 membolehkan Portugal
menguasaai pantai Malabar dan Lautan Hindi. Kapal-kapal dagang yang berdagang
di wilayah ini mesti menggunakan lessen Portugal. pada tahun 1511, Portugal
berjaya menguasai Melaka dan membolehkan pedagang-pedagang Portugal menguasai
perdagangan rempah dari kepulauan Melayu. Pedagang Portugal membeli sutera dari
China dan menjualnya kepada Jepun, mereka juga membeli perak dari Jepun dan
menjualnya kepada pedagang China. Selain itu, masyarakat maritim Portugal juga
mempunyai hubungan dagang dengan Negara-negara afrika seperti Tanzania dan Kenya
serta Amerika Selatan seperti Brazil.
Portugal merupakan antara kuasa mekantilisme terawal yang memonopoli ekonomi
antarabangsa. Keperluan masyarakat maritim terhadap barang dagangan utama
seperti rempah-ratus telah mendorong Portugal untuk menguasai Negara-negara
Timur khususnya kepulauan Melayu. Persaingan antara kuasa Barat di sebelah
Timur, kemudian menyebabkan portugis hanya memberi tumpuan kepada ekonomi di
Eropah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan