Bincangkan faktor-faktor kemunculan
masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 dan ke-17
Kemunculan masyarakat maritim di portugal
dapat dikesan sejak abad ke-15 dan ke- 16 . Terdapat pelbagai faktor yang
mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal.
Faktor kemunculan masyarakat maritim di Portugal ialah, Perkembangan
Kapitalisme dan Merkantilisme. Perkembangan ekonomi kapitalisme dan
merkantilisme merupakan faktor utama mendorong kemunculan masyarakat maritim.
Sistem ekonomi ini menggalakkan kegiatan pengumpulan modal, hak milik
persendirian dan persaingan dalam perniagaan. Perkembangan ini menggalakkan
raja-raja negara bangsa menaja pelayaran ke seberang laut untuk tujuan tersebut
Ini menyebabkan muncul masyarakat maritim yang terlibat dalam aktiviti
penerokaan dan penjelajahan.
Selain itu perkembangan perdangangan juga
adalah faktor kemunculan masyarakat maritim di Portugal. aktiviti perdagangan
telah mendorong pedagang portugis belayar ke Timur untuk menguasai rempah
daripada orang islam.
Faktor
seterusnya adalah Pengaruh Renaisans. Zaman ini menyemai ciri-ciri seperti
humanisme, individualisme, sekularisme, sifat kritikal dan rasionalisme.
Perkembangan ini melahirkan masyarakat yang menekankan kepentingan sains dan
teknologi Ini melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat eropah
untuk meneroka kawasan baru.
Teknologi Pelayaran juga merupakan faktor kemunculan masyarakat
maritim di Portugal. Pengetahuan dalam bidang geografi dan pelayaran
menggalakkan penerokaan dan pelayaran. Penciptaan alat seperti kompas magnetik
dan astrolab memudahkan pelayaran. Masyarakat Portugal juga mampu membina kapal
besar yang mampu belayar dilautan yang luas. Perkembangan ini mendorong
kemunculan masyarakat maritim di Portugal.
Faktor yang lain
adalah pengetahuan tentang dunia luar. Pengetahuan tentang dunia luar
diperolehi daripada orang islam pada zaman pertengahan awal. Catatan Marco Polo
yang mengembara negeri China mendorong orang portugis melibatkan diri dalam
kegiatan maritim. Perkembangan ini mendorong kemunculan masyarakat maritim di
Portugal.
Kesimpulannya, Masyarakat maritim banyak
memberikan sumbangan dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial. Mereka
memainkan peranan penting dalam menjadikan Portugal sebagai sebuah kuasa
maritim yang unggul di Eropah.
nota mngenai faktor2 yg mndorong kemajuan yg dicapai oleh masyrkat agraria belnda abad ke 16 - 17...ada tak?
BalasPadam