Ahad, 24 November 2013

Terangkan penglibatanAmerika Syarikat dan United Kingdom dalam North Atlantic Treaty Organisation (NATO).

Pengenalan :

NATO ditubuhkan pada 4 April 1949.Pada asalnya, hanya 12 negara sahaja menganggotai pertubuhan ini.Ibu pejabat NATO ialah di Paris.NATO telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan utama dalam pertahanan dan keselamatan di Eropah Barat. Faktor penubuhan NATO ialah menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah, melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah, mengekang peluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah, dan mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB.
Strategi NATO ialah bagi mewujudkan system pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggotanya terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota.Pada dasarnya, NATO bertujuan membendung pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union.

Isi –isi penting :

United Kingdom memainkan peranan utama dalam proses pembentukan NATO. Sekiranya dirujukkepadakoleksisurat-suratperibadi Ernest Bevin, SetiausahaLuar Britain daritahun 1946 hingga 1951, dandokumen yang dihasilkanoleholeh Foreign Office, United Kingdom sememangnyamenyusunstrategidenganmengetengahkanperananbesarAmerika Syarikat dalam proses penubuhan NATO.

Ini bermakna, United Kingdom Berjaya untuk tidak menonjolkan peranan mereka walaupun pihak British merupakan“ pemain utama” (key player) dalam proses pembentukan NATO.
Dalam hal ini, United Kingdom yang ketika itu diterajui oleh Parti Buruh telah menyusun pelbagai strategi bagi memastikan pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh Amerika Syarikat.
Berdasarkan pengalaman United Kingdom, sesuatu pertubuhan itu kurang berkesan jika tidak disertai oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku ke atas Liga Bangsa.

Presiden Harry S. Truman belum bersedia menghadapi ancaman Soviet Union di Eropah dan pihak United Kingdom perlu membuat perancangan jangka panjang untuk melibatkan Amerika Syarikat dalam soal keselamatan di Eropah khususnya.

Oleh itu, kewujudan NATO adalah bertepatan dengan perkembangan politik antarabangsa ketika itu.
Perkembangan  politik antarabangsa sepanjang tahun 1945 hingga tahun 1949 menyebabkan Britain dan Amerika Syarikat mengambil inisiatif untuk menubuhkan NATO.

Soviet Union memberi satu persepsi bahawa “NATO ialah Amerika Syarikat” dan “Amerika Syarikat adalah NATO”.
Ini bermakna, NATO didominasikan oleh Amerika Syarikat berbanding negara-negara lain.
Perang Dingin telah menyebabkan hubungan antara United Kingdom dengan Amerika Syarikat menjadi akrab.
Hubungan antara kedua-dua kuasa besar dalam bentuk bilateral boleh dilihat dalam bentuk perundingan diplomatik, kerjasama ketenteraan, dan perisikan.

Kesimpulan :


Komitmen berterusan Amerika Syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan, dan kestabilan sebagai institusi yang berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dunia secara praktikal bukan sekadar di Eropah sahaja malah di seluruh dunia. 
PBB berjaya membawa keamanan dunia selepas Perang Dunia Kedua. Bincangkan.

Pengenalan
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada bulan Oktober 1945.
Matlamat utama penubuhan PBB adalah untuk memelihara keamanan dan keselamatan sejagat.
PBB juga memainkan perannan menyelesaikan konflik antarabangsa antara secara aman tanpa penggunaan kekerasan.
Sejak awalan penubuhan hingga ke hari ini, PBB telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia.

Isi-isi penting

Kemerdekaan wilayah jajahan
PBB memainkan peranan menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan.
Pada tahun 1960, PBB memluluskan perisytiharan kemerdekaan kepada wilayah dan penduduk negara yang dijajah.

Masalah pelarian
PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian.
Bagi menangani masalah ini, PBB mengadakan rundingan diplomatik bagi menempatkan pelarian di negara-negara tertentu.

Dasar Apartied
PBB menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah Aparteid.
Pada tahun 1963, Perhimpunan Agung PBB meluluskan Perisytiharaan Pmbasmian Segala Bentuk Diskriminasi Ras.

Hak asasi sejagat
Pada tahun 1948, PBB menggubal Perisytiharan Hak Asasi Sejagat.
Perjanjian berhubung dengan hak asasi sejagat diluluskan oleh PBB pada tahun 1966.

Menangani konflik antarabangsa
PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik secara aman.
Pada tahun 1956, Majlis Keselamatan berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez.
PBB juga menghantar pasukan pendamai ke Congo pada tahun 1960 untuk memulihkan keamanan di negara tersebut.

Membantu  negara mangsa perang
PBB memberi bantuan kepada negara-negara yang menjadi mangsa perang "Program Bantuan dan Pembangunan Semula PBB".
Dalam konteks ini, PBB memberi khidmat kebajikan bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat di negara tersebut terpelihara.

Membangunkan negara-negara mundur
PBB menyediakan pinjaman untuk pembangunan negara-negara mundur.
International Develpoment Association (IDA) ditubuhkan untuk membiayai projek yang memberi sumbangan kepada kemajuan wilayah.

Menyelesaikan perebutan pulau
PBB berusaha menangani masalah perebutan pulau agar ketegangan antara negara dapat dikurangkan.
Bagi menyelesaikan masalah perebutan pulau, PBB melaksanakan Undang-undang Laut pada tahun 1994.

Mengatasi perlumbaan senjata
PBB mengambil langkah menyekat penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia yang meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang.
Sebagai contoh, PBB mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikay mengundurkan peluru berpandu dalam krisis di Cuba.

Kesimpulan
PBB berjaya mempertahankan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan berkesan.

PBB juga mengambil langkah-langkah bagi menangani konflikyang melibatkan negara-negara anggota.
Konflik antara Rusia dengan Amerika Syarikat membawa kepada tercetusnya Perang Dingin. Bincangkan.

Pengenalan
Perang Dingin ialah persaingan terbuka tetapi terhad yang bermula selepas perang dunia kedua.
Perang ini dikenali sebagai Perang Dingin  kerana ia tidak membabitkan pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa-kuasa besar secara besar-besaran.
Perang Dingin bermula apabila Presiden Harry Truman mengisytiharkan  “Doktrin Tuman” pada tahun 1947
Perang ini tercetus akibat konflik antara Rusia dengan Amerika Syarikat

Isi-isi Penting

Konflik berlaku akibat daripada :

1.      Perbezaan ideologi politik
Amerika Syarikat dan Rusia sebagai pemenang Perang Dunia II memiliki ideologi yang berbeza
Amerika Syarikat memiliki ideologi liberal-kapitalis sedangkan Rusia berideologi komunis.
Fahaman Liberal-kapitalis mengagungkan kebebasan individu yang mengutamakan hak asasi manusia seperti hak untuk berkumpul, menyuarakan pendapat dan kebebasan media manakala ideologi komunis, rakyat tidak diberi kebebasan untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka.

2.      Perbezaan sistem ekonomi
Amerika Syarikat memperjuangkan sistem ekonomi kapitalis iaitu sistem ekonomi yang bebas daripada campur tangan kerajaan.
Rusia pula tidak menggalakkan kegiatan ekonomi bebas  kerana bimbang masyarakat terdedah kepada sistem ekonomi barat. 
Perbezaan dalam sistem ekonomi oleh kedua-dua pihak menyebabkan hubungan semakin renggang

3.      Kemunculan kuasa besar dunia yang baharu
Perang Dunia Kedua menyebabkan lahir dua kuasa besar dunia yang baharu iaitu Amerika Syarikat dan Rusia .Kedua-dua negara bersaing untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.

4.      Dasar perluasan pengaruh Rusia di Eropah
Sebelum Perang Dunia Kedua berakhir, Rusia mula meluaskan pengaruhnya di benua Eropah.
Semasa persidangan Yalta pada tahun 1945, Rusia menguasai kawasan yang menganjur hingga ke garisan Carzon dijadikan sempadan antara Rusia dan Poland.
Semasa Perang Dunia Kedua hampir tamat, Rusia mengukuhkan cengkaman terhadap Negara-negara di  Eropah Timur.
Tindakan Rusia menyebarkan pengaruh komunis di Eropah Barat menyebabkan Amerika Syarikat mengambil langkah-langkah bagi menyekat  penyebaran fahaman komunis.

5.      Perubahan pucuk pimpinan
Perubahan pucuk pimpinan Amerika Syarikat dan England menyebabkan hubungan antara kuasa-kuasa besar menjadi renggang.
Harry Truman dan Clement tidak mempunyai pengalaman dalamhal ehwal antarabangsa dan mereka amat curiga dasar luar Stalin.
Harry Truman mula mengamalkan dasar menyekat perluasan pengaruh Rusia.
Beliau bertekad menggunakan pendekatan yang lebih agresif untuk menyekat perluasan pengaruh Rusia.

6.      Hubungan renggang antara Amerika Syarikat dan Rusia
Hubungan antara Amerika Syarikat dan Rusia menjadi semakin buruk selepas bulan Mei 1945.
Tindakan Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi yang diminta oleh Rusia mengeruhkan hubungan antara kedua-dua Negara
Pada Mac 1946, Winston Churchill dalam ucapannya di Foulton, Missouri menyatakan terdapat “tirai besi” yang memisahkan Eropah Timur dan Eropah Barat.


Kesimpulan
Pemimpin-pemimpin di barat percaya kepada ‘teori domino’ iaitu apabila sesebuah negara dikuasai oleh komunis maka satu demi satu negara-negara lain akan jatuh ke tangan komunis.
Amerika Syarikat dan Britain bertekad menyekat  perkembangan komunis di mana-mana negara.

Keadaan ini mencetuskan ketegangan  antara Rusia dengan Amerika Syarikat serta merancakkan Perang Dingin.

Nilaikan peranan yang dimainkan oleh Dr.Sun Yat dalam Revolusi China  pada tahun 1911.

Pengenalan:

Dr. Sun Yat sen  iaitu  “Bapa Revolusi China”dilahirkan pada 12 November 1866 di Hsiang Shan ,Kwangtung,China Selatan. Beliau mendapat pendidikan klasik Kung Fu Tze dari umur 6 tahun hingga 12 tahun. Pada tahun 1879, beliau telah memasuki sekolah mubaligh Anglican di Honolulu,Hawaii dan meneruskan pengajian di Kolej Oahu sehingga tahun 1883. Pada tahun 1887,beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan Queens College,Hong Kong. Semasa menuntut di Hong Kong inilah beliau mula cenderung  ke arah perkembangan politik moden terutamanya mengenai nasionalisme,demokrasi ala-Amerika dan sejarah revolusinya.Keadaan politik di Hawaii dan Hong Kong  juga telah mempengaruhinya untuk menggulingkan sistem monarki dan menubuhkan kerajaan republik China. Dr Sun Yat Sen  memainkan peranan penting  dalam memimpin dan menggerakkan pergerakan revolusi  di China.

Isi-isi:

Menubuhkan pertubuhan revolusioner
     Dalam usaha mengadakan revolusi,Dr Sun Yat Sen berpendapat sokongan orang-orang Cina seberang laut amatlah penting selain sokongan dalam negara.Justeru itu,pada 24 November 1894,Dr Sun Yat Sen telah menubuhkan sebuah pertubuhan revolusioner yang dikenali sebagai Hsing Chung-hui atau Persatuan Memulihkan Negara China di Honolulu,Hawaii.Keahlian persatuan ini seramai 112 orang yang kebanyakkannya golongan sarjana.Slogan perjuangannya ialah “Singkirkan Orang-orang Manchu,Pulihkan Pemerintahan Orang-orang China dan tubuhkan Republik.Matlamat utama pertubuhan tersebut adalah untuk menggulingkan kerajaan Manchu .Beliau mendapat sokongan daripada orang Cina di seberang laut untuk melancarkan pemberontakan.Pertubuhan ini juga mempunyai hubungan dengan cawangan-cawangannya yang ditubuhkan secara sulit di wilayah-wilayah dalam China.Walaupun pemberontakan yang dilancarkan oleh mereka gagal,Dr Sun Yat Sen telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang-orang Cina di dalam dan luar negara.

 Menubuhkan Parti Revolusi
     Ketika di Jepun,Dr Sun Yat Sen menubuhkan Parti Revolusi atau Tung Meng-hui atau Liga Bersatu di Tokyo pada 20 Ogos 1905.Tung Meng Hui merupakan gabungan Hsing Chung-hui dengan dua persatuan revolusioner iaitu Hua Hsing-huidan Kung Fu-hui.Matlamat utama parti ialah untuk menjatuhkan kerajaan Manchu dan menubuhkan kerajaan republik di China.Tung Meng-hui juga bermatlamat untuk menjadikan tanah-tanah sebagai hak kerajaan dan menghapuskan penguasaan kuasa asing di China.Cawangan Tung Meng-hui ditubuhkan di Brusells,San Francisco,Singapura,Tanah Melayu dan Honolulu.Di China cawangan Tung Meng-hui terdapat di bandar-bandar utama di seluruh negara.Menerusi cawangan-cawangan di seberang laut pula,beliau memperoleh wang dan merekrut sukarelawan bagi melancarkan pemberontakan.Usaha yang dilakukan oleh Dr Sun Yat Sen menunjukkan bahawa beliau memberi sumbangan yang besar dan berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan perjuangannya dalam kalangan orang-orang Cina.Orang-orang Cina juga cuba disatukannya di bawah perjuangan yang sama dalam menyingkirkan Manchu dari bumi China.

Menyebarkan perasaan anti-Manchu
    Peranannya tidak terhenti setakat itu sahaja dalam menyebarkan perasaan anti-Manchu dalam kalangan rakyat China.Dr Sun Yat Sen turut menyampaikan ceramah dan menulis rencana-rencana dalam akhbar Min Pao(The People) di Tokyo.Melalui penerbitan rencananya idea-idea republik disebarkan.Gerakan revolusioner Dr Sun Yat Sen akhirnya telah mendapat sokongan daripada orang ramai terutamanya pelajar dan rakyat yang tidak puas hati dengan kezaliman kerajaan Manchu.Gerakan revolusioner Dr Sun Yat Sen juga disokong oleh kumpulan kongsi gelap dan anggota tentera yang mendapat latihan di Barat.Selain itu beliau turut berkunjung ke merata tempat di dunia seperti Amerika dan Eropah bagi mendapat sokongan moral dan material dari masyarakat Cina luar negeri.Kesungguhan beliau menghasilkan kejayaan apabila bantuan kewangan yang diperolehi misalnya dapat membantu Tung Meng Hui menjalankan pemberontakan di China.

Mengemukakan ideologi revolusi
    Peranan yang dimainkannya menjadi lebih berkesan dan menarik sokongan orang-orang Cina apabila beliau  mengemukakan ideologi atau prinsip perjuangan yang relevan dengan situasi semasa .Ideologi  revolusi atau prinsip perjuangan yang dikemukannya  dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat atau San Min Chu I iaitu nasionalisme,demokrasi dan kebajikan sosial. Prinsip ini juga diterima sebagai ideologi utama Tung Meng-hui serta menjadi asas kepada perkembangan gerakan revolusioner di China.

Melancarkan pemberontakan
     Antara tahun 1891-1911,Dr  Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya berperanan dalam merancang dan melancarkan 10 kali pemberontakan di China bagi menggulingkan kerajaan Manchu.Beberapa pemberontakan kecil telah berjaya dilancarkan di beberapa tempat di wilayah Selatan China.Pada awalnya perancangan pemberontakan ini dilakukan di Jepun.Namun setelah mendapat tentangan daripada Kerajaan China Dr Sun Yat Sen telah beralih pula ke Hanoi.Pada 11April 1911,gerakan revolusi telah dilancarkan namun menemui kegagalan.Walaupun gagal pengaruh,martabat dan kewibawaan Manchu merosot. Dr Sun Yat Sen dan pertubuhan Tung Meng Hui  telah berjaya mempengaruhi tentera China melancarkan pemberontakan.Akhirnya pemberontakan Wu Cang pada 10 Oktober 1911 telah berjaya mengakibatkan kejatuhan Manchu dan penubuhan sebuah kerajaan republik di China.

Kesimpulan


     Dr Sun Yat Sen merupakan seorang tokoh yang berperanan penting dalam Revolusi China 1911.Beliau memainkan peranan dalam mengatur dan memimpin gerakan revolusioner di China.Beliau juga seorang tokoh revolusioner yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal jemu dalam perjuangannya.Peranan beliau akhirnya membuahkan hasil apabila tentera revolusioner telah melancarkan revolusi yang menyebabkan kerajaan Manchu tumbang dan sebuah kerajaan republik berjaya ditubuhkan di China.Dr Sun Yat Sen telah dilantik sebagai Presiden Kerajaan Sementara  di Nanking.
Sejauhmanakah pendidikan di Barat telah membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat di India pada abad ke 20.

Pengenalan

Kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India dapat dikesan sebelum tahun 1857 lagi.
Kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama sebelum tahun 1857, menandakan bermula semangat kebangsaan di India.
Pendidikan Barat yang diperkenalkan British merupakan faktor utama yang melahirkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India/ cerdik pandai
Pendidikan Barat menyebabkan  rakyat India terdedah kepada konsep-konsep seperti kebebasan, demokrasi, persamaan dan hak asasi individu.
Pperkembangan ini melahirkan tokoh-tokoh nasionalis yang memainkan peranan dalam  gerakan kebangsaan di India.
Tokoh-tokoh tersebut ialah Raja Ram Mohan Roy, W.C.Banerjee, Surendranath Banerjee, G.K. Gokhale.

Isi-isi penting:

1. Bahasa Inggeris
-Bahasa Inggeris  memainkan peranan membangkitkan kesedaran kebangsaan
-lebihkurang 600 bahasa daerah yang dituturkan/ batu penghalang memupuk persafahaman
-Bahasa Inggeris juga memainkan peranan sebagai alat perpaduan yang menyatukan rakyat India yang terpisah dari segi agama, bangsa dan wilayah.

2. Diskriminasi dalam perkhidmatan awam
-British mengamalkan dikriminasi dalam pengambilan rakyat India bagi memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam
-mengadakan peperiksaan awam di England
-amalan diskriminasi ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam golongan  terpelajar di India.

3. Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan
-pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden  juga pencetus kepada semangat kebangsaan
- pembinaan jalan keretapi dan jalan raya menyatukan rakyat India yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan

4. Dasar pentadbiran Lord Lytton
-memperkenalkan Akta Senjata dan Akta Akhbar Vernakular yang melahirkan sentiment anti-British
-langkah-langkah yang diambil seperti menggalakkan import kain kapas dari Englang dan menghadkan umur penyertaan perkhidmatan awam kepada 18 tahun
-langkah-langkah ini menimbulkan kemarahan rakyat India terhadap pemerintahan British

5. Akta Illbert 1883
-merancakkan lagi sentimen anti-British
-akta ini memberi kuasa kepada hakim-hakim berketurunan India mengadili dan menjatuhkan hukuman ke atas orang Inggeris
-mendapat tentangan daripada golongan Anglo-India hingga menyebabkan British menarik balik akta tersebut
-tindakan British menyedarkan rakyat India tentang perasaan anti-India yang terpendam dalam hati orang Inggeris
-Surendranah Banerjee mengambil langkah untuk menganjurkan Persidangan Kebangsaan bagi menentang British

6. Peranan akhbar
-akhbar tempatan memainkan peranan penting dalam membengkitkan kesedaran kebangsaan
-Akhbar Kesari, The Maratha, Amrit Bazar Patrika dan Patriot  merupakan akhbar yang mengkritik dasar British.
-akhbar ini turut menyebarkan idea pemerintahan sendiri dan amalan demokrasi dalam kalangan rakyat tempatan

7. Kajian terhadap keagungan silam
-kajian ini melahirkan keyakinan rakyat India teradap kebudayaan dan peradaban mereka
-sarjana yang mengakaji peradaban India ialah Sir William Jones, Max Muller dan Monier Williams
-kajian seperti ini membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India

8. Peranan kesusasteraan
-karya-karya kesusasteraan juga memainkan peranan penting
-karya-karya telah dimuatkan dalam akhbar-tempatan menyebabkan idea nasionalisme tersebar keseluruh India.
-tokoh-tokohnya ialah Bankim Chandra Chatterjee dan Rabindranath Tagore

9. Dasar ekonomi British
-British mengamalkan dasar ekonomi bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian di England
-dasar ini menyebabkan British tidak menggalakkan perkembangan industry tempatan mengawal perusahaan-perusahaan tempatan
-langkah-langkah ini membangkitkan perasaan benci rakyat tempatan terhadap British di India

10. Penindasan terhadap buruh-buruh India di seberang laut
-layanan buruk oleh British terhadap buruh-buruh India yang bekerja di seberang laut
-British tidak mengambil berat tentang kebajikan dan hak asasi mereka
-layanan demikian menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan nasionalisme

11. Gerakan refomasi sosioagama
-kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama
-pertubuhan yang memainkan peranan ialah Brahmo Samaj, Brahma Samaj, Arya Samaj dan Pertubuhan Ramakrishna
-pertubuhan-pertubuhan agama ini meletakkan asas bagi kebangkitan semangat kebangsaan dan kemunculan Parti Kongres India pada tahun 1885

Kesimpulan

-pendidikan Barat merupakan faktor utama melahirkan  kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India disamping beberapa faktor lain
-dasar-dasar yang dilaksanakan oleh British merupakan asas kepada kemunculan sentiment anti-British

-kebangkitan semangat kebangsaan melahirkan pemimpin-pemimpin nasionalisme yang mengatur gerakan untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah
Analisiskan reaksi masyarakat tempatan China terhadap perluasan kuasa barat selepas pertengahan abad ke 19 hingga akhir abad ke 19.

Pengenalan: 
Menjelang pertengahan abad ke 19, dasar isolasi (dasar tutup pintu) kerajaan China mengalami perubahan. Reaksi masyarakat China terhadap kuasa Barat bermula selepas China kalah dalam Perang Candu pertama pada tahun 1839 -1842 , Perang Candu kedua tahun 1856-1860 dan Perang China-Jepun pada tahun 1894-1895. Kesan peperangan inilah yang  mempengaruhi reaksi masyarakat China terhadap kuasa Barat .

Isi-isi penting :
1 .Perjanjian Nanking (1842) menandakan kemerosotan Dinasti Manchu kerana tidak lagi berupaya untuk mempertahankan Negara China dari penceroboh kuasa-kuasa Barat.Justeru itu wujud kepercayaan dalam kalangan masyarakat China bahawa kerajaan Manchu telah hilang mandat dari syurga. Turut mengeruhkan keadaan , apabila Negara China terpaksa menandatangani perjanjian perjanjian seperti Perjanjian Boque , Perjanjian Wangsia , Perjanjian Whampao. Keadaan inilah yang memberi impak yang besar kepada masyarakat China terhadap perluasan kuasa Barat.
2. Kekalahan China dalam siri peperangan dengan kuasa Barat telah memberi satu tamparan yang hebat kepada masyarakat China dalam soal maruah. Maka dengan itu Negara China ingin mengorak beberapa langkah untuk mengembalikan kekuasaan mereka .Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895) merupakan langkah yang diambil oleh China untuk mengatasi kekuasaan Barat.
       i. Ketenteraan
           Kerajaan China mengambil langkah-langkah untuk memodenkan bidang ketenteraan.Pemimpin-pemimpin seperti Putera Kung dan Wen-hsiang bahawa kekurangan senjata moden merupakan punca kekalahan China dalam peperangan dengan kuasa-kuasa Barat. Kerajaan China mengambil tindakan untuk memodenkan tentera mengikut system ketenteraan Barat. Antara langkah yang diambil ialah pembinaan kilang senjata, penubuhan sekolah dan biro penterjemahan  tujuan untuk bidang kejuruteraan dan ketenteraan ke dalam bahasa China. Pembinaan limbungan kapal,penubuhan angkatan tentera laut dan penghantaran pegawai-pegawai keluar Negara merupakan reaksi masyarakat China terhadap kuasa Barat.
         ii. Ekonomi
           Kerajaan China mengambil pelbagai langkah untuk membangunkan ekonomi Negara, antaranya ialah menubuhkan pelbagai jenis industri kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan negara.Hal ini kerana Negara China terpaksa menanggung hutang yang banyak dan terpaksa membayar ganti rugi kepada kuasa-kuasa Barat akibat kekalahan dalam perang.
          iii. Membangunkan Sistem Perhubungan dan Pengangkutan
              Kerajaan China beranggapan bahawa kekalahan mereka terhadap kuasa Barat ekoran daripada system perhubungan dan pengangkutan yang kurang baik. Anara langkah yang diambil untuk membangunkan sistem perhubungan dan pengangkutan ialah pembinaan landasan kereta api, talian telegraf dan perkhidmatan pos. Keadaan ini juga menggambarkan kepada kita bahawa reaksi masyarakat tempatan China terhadap kuasa Barat membawa kepada perubahan positif kepada Negara China.
           iv. Diplomatik
                Kerajaan China mengambil langkah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat untuk mengatasi kelemahan mereka iaitu dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi. Sebuah jabatan yang dikenali sebagai Tsungli Yamen ditubuhkan bagi menguruskan hubungan diplomatik kerajaan China dengan negara-negara Barat pada tahun 1861 .Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat membawa kebaikan kepada masyarakat China.
            v. Pendidikan
                Sistem pendidikan di Negara China turut mengalami perubahan ekoran daripada kekalahan China terhadap kuasa Barat.Pada tahun 1862 sebuah maktab bahasa yang dikenali sebagai Tung-wen Kuan ditubuhkan di Peking.Maktab ini ditubuhkan untuk mengajar bahasa-bahasa eropah dan ilmu pengetahuan Barat kepada pegawai-pegawai kerajaan China.
Walau bagaimanapun Gerakan Menguatkan Diri tidak mencapai kejayaan yang menyeluruh ekoran daripada beberapa sebab seperti ketiadaan pemimpin yang cekap , tentangan daripada golongan konservatif dan ketiadaan penyelarasan. Tetapi keadaan ini telah membawa reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat.
3  .Pemberontakan Boxer (1899)
Sentimen anti-asing dalam kalangan orang China wujud selepas Negara China kalah dalam peperangan dengan kuasa-kuasa Barat.Reaksi masyarakat tempatan China dapat kita lihat melalui pemberontakan ini.Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh orang China yang beragama Kristian. Gerakan Boxer berasal daripada sebuah kongsi gelap China yang dikenali sebagai  I Ho Chuan (Persatuan Tinju Keadilan dan Keharmonian)
Tindakan kuasa- kuasa Barat menyebabkan wujudnya kebimbangan masyarakat China bahawa Negara China akan dibelah bahagikan sesama kuasa Barat. Lantaran itu adalah menjadi kewajipan orang-orang China untuk mengusir orang-orang asing keluar dari Negara China.
Perkembangan agama Kristian dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kepercayaan dan falsafah orang China yang berasaskan ajaran Confucius .masyarakat China juga turut menunjukkan kebencian terhadap orang China yang memeluk agama Kristian sebagai pengkhianat bangsa kerana mereka telah diperalatkan oleh orang-orang asing. Disini jelas menunjukkan kepada kita reaksi masyarakat tempatan erhadap kuasa Barat.
Penguasaan Ekonomi China oleh orang asing telah menambahkan sentimen anti-asing dalam kalangan orang-orang China. Kemelesetan ekonomi dan pengangguran  merupakan impak negatif kepada China. Kemerosotan taraf hidup akibat penguasaan ekonomi China oleh orang asing telah menyebabkan ramai petani dan penganggur menyertai Gerakan Boxer. Malangnya Gerakan Boxer ditumpaskan oleh pasukan tentera bersekutu yang terdiri daripada Britan,Perancis dan Rusia.

Kesimpulan:

Kesimpulannya walaupun pelbagai reaksi yang dilakukan oleh masyarakat China terhadap kuasa Barat namun kerajaan China terpaksa tunduk terhadap kuasa Barat pada akhirnya.Selain itu, kerajaan China terpaksa menanggung kerugian yang banyak.Hal ini berlaku kerana kelemahan sistem pentadbiran kerajaan China dari segi politik, ekonomi dan sosial.Landskap politik China menampakkan perubahan yang besar menjelang abad ke 20.
“Revolusi Perancis telah memberikan impak besar terhadap sistem pendidikan di Perancis pada abad ke-19 Masihi.”
Bincangkan.

Pengenalan
-                Konsep pendidikan : kegiatan yang dijalankan secara terancang & sistematik terhadap perkembangan jasmani, rohani dan intelek untuk melengkapkan kehidupan seseorang bagi menjalani kehidupan yg sempurna.
-                Tempoh Zaman Pencerahan dan Revolusi Perancis telah membawa perubahan besar dalam sistem pendidikan di Perancis. Hal ini kerana kesan ledakan percetakan yang membawa kepada terbentuk masyarakat yang menguasai kemahiran membaca.
-                Sebelum abad ke-17 dan 18, pendidikan di Perancis di bawah tanggungjawab golongan raja. Kesannya : pendidikan ketika itu tertumpu pada kelas-kelas tertentu dalam masyarakat. Pendidikan juga terhad kepada kaum lelaki yang terdiri daripada golongan bangsawan, pedagang dan profesional
-                Sistem pendidikan di Perancis mula berubah pada tahun 1880 apabila Jules Ferry menjadi Menteri Pelajaran. Sekolah yang mempunyai guru terlatih dibina di setiap bandar dan kampung untuk memberikan pendidikan percuma dan wajib kepada semua masyarakat.Sekolah tidak lagi berada di bawah pengaruh gereja.


Isi
1.  Dasar Pendidikan
-          Kesan pendidikan percuma dan wajib yang diberikan ialah Perancis menjadi negara Eropah yang mempunyai rakyat celik huruf tertinggi. Pertengahan tahun 1920-an, majoriti rakyat Perancis telah celik huruf dan 50% rakyat Perancis mendapat pendidikan rendah
-          Kesedaran untuk memajukan sistem pendidikan pada abad ke-18 makin popular kerana kesan daripada perkembangan idea demokrasi dalam kalangan rakyat Perancis. Pendidikan yang harus disediakan kepada rakyat berada di bawah tanggungjawab pemerintah.
-          Pada zaman Napoleon : perubahan dalam dasar pendidikan dilakukan. Sistem pendidikan diseragamkan di seluruh Perancis.Semua institusi pendidikan di Perancis disatukan dan diletakkan di bawah badan induk iaitu Universiti Perancis.
-          Sistem pendidikan di Perancis pada era Napoleon tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana polisi Napoleon yang lebih mengutamakan aspek peluasan kuasa atau gerakan militer.
-          Zaman selepas Napoleon : sistem pendidikan di Perancis diubah lagi. Pendidikan berteraskan teologi dan moral.Pendidikan diletakkan di bawah penguasaan gereja.
-          Selepas Revolusi 1830 : Louis Philippe yang menjadi pemerintah telah membuat perubahan yang ketara dalam sistem pendidikan. Beliau telah membebaskan sistem pendidikan daripada pengaruh gereja.Pendidikan pada zaman beliau diletakkan di bawah kuasa kerajaan dan sistem pendidikan kebangsaan yang seragam diperkenalkan.
-          Pertengahan abad ke-19, Kerajaan Republik Kedua Perancis telah ambil usaha untuk kukuhkan sistem pendidikan. Menteri Pendidikan mengetuai Majlis Tertinggi untuk menguruskan sistem pendidikan.Untuk melicinkan pengurusan pendidikan, Majlis Akademi ditubuhkan di setiap daerah. (Terdapat 17 Majlis Akademi)
-          Akhir abad ke-19, pendidikan diwajibkan kepada kanak-kanak yang berumur 7 hingga 14 tahun. Kerajaan Perancis juga melaksanakan pendidikan percuma kepada kanak-kanak.

2.  Institusi Pendidikan
         Pendidikan rendah:-
  peraturan yang berhubung dengan penubuhan dan pengurusan sekolah rendah di Perancis terkandung dalam Undang-Undang 1795.
  setiap komuniti perlu sediakan bangunan dan kemudahan untuk dijadikan bangunan sekolah dan rumah guru
  sekolah diselia oleh ketua jabatan dan gaji guru diperoleh daripada yuran pelajar
  memberikan penekanan kepada kemahiran membaca, menulis, mengira, bahasa Perancis, moral dan agama
         Pendidikan menengah:-
  dijalankan di Lyceum dan Kolej Awam
  Lyceum sediakan kemudahan seperti bangunan sekolah dan dana pengurusan sekolah diperoleh daripada kutipan yuran pelajar
  Kolej Awam ditubuhkan oleh Majlis Perbandaran dan perlu mendapat lesen daripada pihak kerajaan
         Sekolah tinggi:-
  Undang-Undang 1802 memperuntukkan penubuhan sekolah tinggi
  1803 : sekolah tinggi sastera dan perdagangan didirikan
  1804 : sekolah teologi yang menekankan pengajian agama Katolik mula dibuka
         Sekolah wanita:-
  Sekolah Saint-Cyr diasaskan oleh Madame de Maintenon untuk beri peluang kanak-kanak perempuan bersekolah
  ketika itu wujud ketidaksamaan gender dan pandangan tradisional masyarakat yang menganggap wanita sebagai kaum yang lemah
         Universiti:-
  diletakkan di bawah bidang kuasa Majlis Universiti
  ketua pentadbir dan Majlis Universiti dibantu oleh reaktor
  terdapat lima fakulti iaitu Sastera, Teologi, Undang-undang, Perubatan dan Sains
  pengendalian peperiksaan dan pengurniaan ijazah dikendalikan dalam fakulti
  1890 : 15 fakulti yang berasingan telah disatukan di bawah Universiti Negeri

Kesimpulan
-                abad ke-18 Masihi, sistem pendidikan di Perancis mengalami perubahan yang pesat iaitu sistem pendidikan kebangsaan mula diperkenalkan
-                pendidikan negara Perancis mula bebas daripada kongkongan gereja

-                sistem pendidikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dapat memenuhi aspirasi pemerintah
Nilaikan sumbangan Adam Smith yang membawa kepada pemikiran ekonomi di Eropah.

Pengenalan
Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah Scotland.
Adam Smith terkenal kerana pengaruh bukunya, The Wealth Of Nations dan dianggap sebagai Bapa Ekonomi Moden.
Semasa berusia 14 tahun, Adam Smith memasuki Universiti Glasgow dan mempelajari bidang falsafah moral.Beliau pernah memgang jawatan sebagai Rektor Universiti Glasgow dan menghembuskan nafas terakhir di Edinburgh pada 17 Julai 1790.

Isi
-                Adam Smith pelopor idea perdagangan bebas melalui bukunya “The Wealth of Nations”.Melalui buku ini beliau memajukan kes yang komprehensif untuk kebebasan perdagangan berasaskan kritikannya terhadap sistem merkantilisme.Laissez-faire istilah Perancis yang membawa pengertian “biarkan keadaan seperti sedia ada”.Ia berasal daripada kehendak sekumpulan pedagang Perancis yang mahukan urusan perdagangan mereka tidak diganggu oleh kerajaan.
-                Doktrin laissez-faire dikembangkan oleh Adam Smith di England dengan menubuhkan institusi yang dikenali sebagai School of Political Economy. Ideanya dipengaruhi oleh Richardo dan Thomas Malthus. Ketiga-tiganya berpendapat, kerajaan tidak harus campur tangan dalam urusan ekonomi dan sebaliknya membiarkan ia berfungsi seperti biasa. Dipercayai ekonomi akan berfungsi dengan lebih cekap dan memaksimumkan kebajikan umum.
-                Doktrin laissez-faire yang digalakkan selepas Revolusi Perindustrian meminta negara menjadi penonton dan membiarkan ekonomi kepada kuasa permintaan dan penawaran. Antara kritikan yang dikeluarkan Adam Smith terhadap dasar merkantilisme ialah tindakan kerajaan mengawal koloni. Menurut beliau koloni hanya akan berkembang pesat jika diberi kebebasan untuk menjalankan aktiviti mengikut pilihan sendiri. Tindakan mengawal koloni secara politik akan membebankan negara induk dari segi kewangan. Kritikan ini juga ditujukan kepada monopoli Syarikat Hindia Timur Inggeris.
-                Smith menganggap perdagangan akan meluaskan pasaran dan pembahagian kerja. Hal ini akan membolehkan hasil lebihan dipasarkan ke luar negara. Hujah beliau juga membawa maksud pengkhususan antarabangsa tidak dapat dielakkan dan menjadi sebahagian daripada proses kemajuan.
-                Menurutnya, perdagangan bebas akan menambahkan pendapatan, mengurangkan kos pengeluaran dan membolehkan modal mengalir kepada sektor yang produktif dan akan meningkatkan permintaan untuk tenaga buruh. Idea beliau menjadi realiti apabila lebihan barangan kapas Manchester dipasarkan ke India menjelang abad ke-19 Masihi.
-                Perbincangan Smith juga menyentuh tentang nilai dan pengelasan dalam masyarakat. Nilai bagi Smith ialah kuasa untuk membeli barangan lain. Menurutnya, nilai sesuatu barangan boleh diketahui daripada jumlah tenaga buruh yang digunakan.

Kesimpulan
-                Melalui karyanya, The Wealth of Nation, Adam Smith banyak memberi sumbangan dalam bidang ekonomi moden yang diguna pakai hingga hari ini dan doktrin yang diketengahkan beliau sesuai bagi mengurus ekonomi negara.
Sumbangan yang diketengahkan oleh Charles Louis Montesquieu melalui karya-karya beliau banyak membawa  perubahan kepada  landskap  politik  di Eropah pada abad ke-19. Bincangkan.


Pengenalan
Zaman Pencerahan (enlinghtenment) (1650-1800 M) adalah satu gerakan intelektual yang berlaku di Eropah selepas Renaisans dan Reformasi .
Enlightenment bererti Zaman Kesedaran iaitu semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal dan berasaskan sebab-musabab dan keadah-kaedah saintifik.
Zaman ini mewakili suatu gerakan menuju masyarakat yang lebih terbuka, mengarah  untuk kebahagiaan individu, perlembagaan, toleransi, fikiran yang tidak dikongkong dan suatu masyarakat yang bedasarkan undang-undang. Antara ahli-ahli falsafah yang berpengaruh ialah Charles Louis Montesquieu (1689-1755)
Atau:

Latar belakang Charles Louis Montesquie, dilahirkan di Chateau de la Brede, barat daya Perancis pada 18 Januari 1689.Lulusan undang-undang dari Universiti Bordeaux dan Berjaya jadi peguam pada 1708.Beliau merupakan tokoh pemikir politik Perancis dan banyak memberi sumbangan dan idea semasa Zaman Pencerahan.Pada tahun 1716, Montesquieu dilantik sbg Presiden Parlimen Bordeaux menggantikan bapa saudaranya.
Idea beliau melalui buku yang terkenal ialah Spirit of the Laws yang diterbitkan pada tahun 1748 telah membawa perubahan yang besar kepada lanskap politik dunia pada abad ke 19.
Karya lain ialah The Considerations on the Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans (1734) dan Letters Persanes (1721)


Isi

The Spirit of Laws  mengetengahkan 2 idea utama iaitu pertama bentuk kerajaan yang berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan.
Contohnya despotisme  (pemerintahan mutlak) hanya sesuai untuk empayar yang besar dalam iklim panas dan demokrasi hanya akan berfungsi dalam negara kota kecil.

Doktrin yang kedua ialah menentang pemerintahan mutlak di Perancis iaitu pembahagian dan imbangan kuasa.Menurut beliau pemerintahan mutlak menyekat kebebasan hak asasi rakyat.

Doktrin yang terkenal ialah doktrin pembahagian kuasa . Menurut beliau kuasa perlu dibahagikan antara raja, bangsawan, bandar dan gereja. Beliau menegaskan perlu ada pemisahan antara pembentuk undang-undang /perundangan (eksekutif), Pelaksana keputusan perwakilan rakyat (cabinet) dan  penghukum / pelanggar undang-undang /kehakiman (judiciary)
Bila ketiga-tiga jentera ini menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat akan memiliki kebebasan.
Buku The Consideration on the Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans pula memaparkan sejarah kebangkitan, kegemilangan dan kejatuan kerajaan Rom.
Beliau menyatakan dengan memahami kegemilangan dan kejatuhan  sesebuah empayar, sesorang perlu memahami masyarakatnya terlebih dahulu dan boleh dijadikan iktibar untuk sesebuah negara. Kemerosotan moral dalam anggota masyarakat membawa kepada kejatuhan empayar Rom

Karya Letters Persanes pula mengkritik masyarakat Perancis khususnya kerana kemerosotan moral pada penghujung zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Louis XV.


Kesan kepada perubahan lanskap politik  eropah/dunia:-

Menamatkan pemerintahan mutlak di Perancis apabila berlakunya Revolusi Perancis pada 1789.
Revolusi ini menamatkan pemerintahan feudal dan digantikan pemerintahan yang mendokong kedaulatan rakyat (Prinsip rakyat harus memerintah sendiri), kebebasan (kebebasan daripada kerajaan mutlak termasuk penangkapan dan pemenjaraan yang tidak adil) dan persamaan (hak yang sama kepada setiap individu dalam segala bidang.

Muncul pemerintah enlightened despot iaitu raja-raja memerintah dengan penuh kesedaran dan mempraktikan undang-undang yang tegas.

Selain itu, berlakunya pemusatan kuasa dalam  pemerintahan iaitu keistimewaan yang dimiliki oleh provinsi (wilayah ) dihapuskan

Berlaku perubahan dalam jentera pentadbiran iaitu pemerintah membina jentera pentadbiran sebuah Negara moden yang berfungsi tanpa campur tangan raja. Raja-raja juga bertindak menggantikan pegawai-pegawai kerajaan di peringkat pusat, provinsi dan tempatan.Perlantikan mereka berasaskan teori-toeri politik oleh golongan intelektual.

Perubahan sistem percukaian iaitu raja menghapuskan imuniti yang dinikmati oleh golongan bangsawan dan cukai ditaksir  dan dibayar mengikut kemampuan pembayar.

Doktrin beliau  mengenai pengasingan kuasa amat berpengaruh terhadap bangsa Amerika dan beberapa negara lain sehinggakan penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1787 berdasarkan idea beliau.

Kesimpulan

Charles Louis Montesquieu  telah banyak memberikan sumbangan kepada Perancis khususnya  iaitu dengan meletakkan asas bagi kemunculan revolusi di Perancis dan  mengubah secara drastik  lanskap politik, ekonomi dan sosial di Eropah apabila idea beliau tersebar ke Negara-negara lain di benua Eropah. Idea dan doktrin beliau mempunyai pengaruh dalam penggubalan perlembagaan di dunia hari ini.