Nilaikan sumbangan Adam Smith yang
membawa kepada pemikiran ekonomi di Eropah.
Pengenalan
Adam Smith merupakan seorang pakar
ekonomi dan ahli falsafah Scotland.
Adam Smith terkenal kerana pengaruh
bukunya, The Wealth Of Nations dan dianggap sebagai Bapa Ekonomi Moden.
Semasa berusia 14 tahun, Adam Smith
memasuki Universiti Glasgow dan mempelajari bidang falsafah moral.Beliau pernah
memgang jawatan sebagai Rektor Universiti Glasgow dan menghembuskan nafas
terakhir di Edinburgh pada 17 Julai 1790.
Isi
- Adam
Smith pelopor idea perdagangan bebas melalui bukunya “The Wealth of
Nations”.Melalui buku ini beliau memajukan kes yang komprehensif untuk
kebebasan perdagangan berasaskan kritikannya terhadap sistem
merkantilisme.Laissez-faire istilah Perancis yang membawa pengertian “biarkan
keadaan seperti sedia ada”.Ia berasal daripada kehendak sekumpulan pedagang
Perancis yang mahukan urusan perdagangan mereka tidak diganggu oleh kerajaan.
- Doktrin
laissez-faire dikembangkan oleh Adam Smith di England dengan menubuhkan
institusi yang dikenali sebagai School of Political Economy. Ideanya dipengaruhi
oleh Richardo dan Thomas Malthus. Ketiga-tiganya berpendapat, kerajaan tidak
harus campur tangan dalam urusan ekonomi dan sebaliknya membiarkan ia berfungsi
seperti biasa. Dipercayai ekonomi akan berfungsi dengan lebih cekap dan
memaksimumkan kebajikan umum.
- Doktrin
laissez-faire yang digalakkan selepas Revolusi Perindustrian meminta negara
menjadi penonton dan membiarkan ekonomi kepada kuasa permintaan dan penawaran.
Antara kritikan yang dikeluarkan Adam Smith terhadap dasar merkantilisme ialah
tindakan kerajaan mengawal koloni. Menurut beliau koloni hanya akan berkembang
pesat jika diberi kebebasan untuk menjalankan aktiviti mengikut pilihan
sendiri. Tindakan mengawal koloni secara politik akan membebankan negara induk
dari segi kewangan. Kritikan ini juga ditujukan kepada monopoli Syarikat Hindia
Timur Inggeris.
- Smith
menganggap perdagangan akan meluaskan pasaran dan pembahagian kerja. Hal ini
akan membolehkan hasil lebihan dipasarkan ke luar negara. Hujah beliau juga
membawa maksud pengkhususan antarabangsa tidak dapat dielakkan dan menjadi
sebahagian daripada proses kemajuan.
- Menurutnya,
perdagangan bebas akan menambahkan pendapatan, mengurangkan kos pengeluaran dan
membolehkan modal mengalir kepada sektor yang produktif dan akan meningkatkan
permintaan untuk tenaga buruh. Idea beliau menjadi realiti apabila lebihan
barangan kapas Manchester dipasarkan ke India menjelang abad ke-19 Masihi.
- Perbincangan
Smith juga menyentuh tentang nilai dan pengelasan dalam masyarakat. Nilai bagi
Smith ialah kuasa untuk membeli barangan lain. Menurutnya, nilai sesuatu
barangan boleh diketahui daripada jumlah tenaga buruh yang digunakan.
Kesimpulan
- Melalui
karyanya, The Wealth of Nation, Adam Smith banyak memberi sumbangan dalam
bidang ekonomi moden yang diguna pakai hingga hari ini dan doktrin yang
diketengahkan beliau sesuai bagi mengurus ekonomi negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan