“Revolusi
Perancis telah memberikan impak besar terhadap sistem pendidikan di Perancis
pada abad ke-19 Masihi.”
Bincangkan.
Pengenalan
- Konsep
pendidikan : kegiatan yang dijalankan secara terancang & sistematik
terhadap perkembangan jasmani, rohani dan intelek untuk melengkapkan kehidupan
seseorang bagi menjalani kehidupan yg sempurna.
- Tempoh
Zaman Pencerahan dan Revolusi Perancis telah membawa perubahan besar dalam
sistem pendidikan di Perancis. Hal ini kerana kesan ledakan percetakan yang
membawa kepada terbentuk masyarakat yang menguasai kemahiran membaca.
- Sebelum
abad ke-17 dan 18, pendidikan di Perancis di bawah tanggungjawab golongan raja.
Kesannya : pendidikan ketika itu tertumpu pada kelas-kelas tertentu dalam
masyarakat. Pendidikan juga terhad kepada kaum lelaki yang terdiri daripada
golongan bangsawan, pedagang dan profesional
- Sistem
pendidikan di Perancis mula berubah pada tahun 1880 apabila Jules Ferry menjadi
Menteri Pelajaran. Sekolah yang mempunyai guru terlatih dibina di setiap bandar
dan kampung untuk memberikan pendidikan percuma dan wajib kepada semua
masyarakat.Sekolah tidak lagi berada di bawah pengaruh gereja.
Isi
1.
Dasar Pendidikan
- Kesan
pendidikan percuma dan wajib yang diberikan ialah Perancis menjadi negara
Eropah yang mempunyai rakyat celik huruf tertinggi. Pertengahan tahun 1920-an,
majoriti rakyat Perancis telah celik huruf dan 50% rakyat Perancis mendapat
pendidikan rendah
- Kesedaran
untuk memajukan sistem pendidikan pada abad ke-18 makin popular kerana kesan
daripada perkembangan idea demokrasi dalam kalangan rakyat Perancis. Pendidikan
yang harus disediakan kepada rakyat berada di bawah tanggungjawab pemerintah.
- Pada
zaman Napoleon : perubahan dalam dasar pendidikan dilakukan. Sistem pendidikan
diseragamkan di seluruh Perancis.Semua institusi pendidikan di Perancis
disatukan dan diletakkan di bawah badan induk iaitu Universiti Perancis.
- Sistem
pendidikan di Perancis pada era Napoleon tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya
kerana polisi Napoleon yang lebih mengutamakan aspek peluasan kuasa atau
gerakan militer.
- Zaman
selepas Napoleon : sistem pendidikan di Perancis diubah lagi. Pendidikan
berteraskan teologi dan moral.Pendidikan diletakkan di bawah penguasaan gereja.
- Selepas
Revolusi 1830 : Louis Philippe yang menjadi pemerintah telah membuat perubahan
yang ketara dalam sistem pendidikan. Beliau telah membebaskan sistem pendidikan
daripada pengaruh gereja.Pendidikan pada zaman beliau diletakkan di bawah kuasa
kerajaan dan sistem pendidikan kebangsaan yang seragam diperkenalkan.
- Pertengahan
abad ke-19, Kerajaan Republik Kedua Perancis telah ambil usaha untuk kukuhkan
sistem pendidikan. Menteri Pendidikan mengetuai Majlis Tertinggi untuk
menguruskan sistem pendidikan.Untuk melicinkan pengurusan pendidikan, Majlis
Akademi ditubuhkan di setiap daerah. (Terdapat 17 Majlis Akademi)
- Akhir
abad ke-19, pendidikan diwajibkan kepada kanak-kanak yang berumur 7 hingga 14
tahun. Kerajaan Perancis juga melaksanakan pendidikan percuma kepada
kanak-kanak.
2.
Institusi Pendidikan
Pendidikan
rendah:-
peraturan
yang berhubung dengan penubuhan dan pengurusan sekolah rendah di Perancis
terkandung dalam Undang-Undang 1795.
setiap
komuniti perlu sediakan bangunan dan kemudahan untuk dijadikan bangunan
sekolah dan rumah guru
sekolah
diselia oleh ketua jabatan dan gaji guru diperoleh daripada yuran pelajar
memberikan
penekanan kepada kemahiran membaca, menulis, mengira, bahasa Perancis, moral
dan agama
Pendidikan
menengah:-
dijalankan
di Lyceum dan Kolej Awam
Lyceum
sediakan kemudahan seperti bangunan sekolah dan dana pengurusan sekolah
diperoleh daripada kutipan yuran pelajar
Kolej
Awam ditubuhkan oleh Majlis Perbandaran dan perlu mendapat lesen daripada pihak
kerajaan
Sekolah
tinggi:-
Undang-Undang
1802 memperuntukkan penubuhan sekolah tinggi
1803
: sekolah tinggi sastera dan perdagangan didirikan
1804
: sekolah teologi yang menekankan pengajian agama Katolik mula dibuka
Sekolah
wanita:-
Sekolah
Saint-Cyr diasaskan oleh Madame de Maintenon
untuk beri peluang kanak-kanak perempuan bersekolah
ketika
itu wujud ketidaksamaan gender dan pandangan tradisional masyarakat yang
menganggap wanita sebagai kaum yang lemah
Universiti:-
diletakkan
di bawah bidang kuasa Majlis Universiti
ketua
pentadbir dan Majlis Universiti dibantu oleh reaktor
terdapat
lima fakulti iaitu Sastera, Teologi, Undang-undang, Perubatan dan Sains
pengendalian
peperiksaan dan pengurniaan ijazah dikendalikan dalam
fakulti
1890
: 15 fakulti yang berasingan telah disatukan di bawah Universiti Negeri
Kesimpulan
- abad
ke-18 Masihi, sistem pendidikan di Perancis mengalami perubahan yang pesat
iaitu sistem pendidikan kebangsaan mula diperkenalkan
- pendidikan
negara Perancis mula bebas daripada kongkongan gereja
- sistem
pendidikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dapat memenuhi aspirasi
pemerintah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan