Analisiskan reaksi
masyarakat tempatan China terhadap perluasan kuasa barat selepas pertengahan
abad ke 19 hingga akhir abad ke 19.
Pengenalan:
Menjelang
pertengahan abad ke 19, dasar isolasi (dasar tutup pintu) kerajaan China
mengalami perubahan. Reaksi masyarakat China terhadap kuasa Barat bermula
selepas China kalah dalam Perang Candu pertama pada tahun 1839 -1842 , Perang
Candu kedua tahun 1856-1860 dan Perang China-Jepun pada tahun 1894-1895. Kesan
peperangan inilah yang mempengaruhi reaksi masyarakat China terhadap
kuasa Barat .
Isi-isi penting :
1
.Perjanjian Nanking (1842) menandakan kemerosotan Dinasti Manchu kerana tidak
lagi berupaya untuk mempertahankan Negara China dari penceroboh kuasa-kuasa
Barat.Justeru itu wujud kepercayaan dalam kalangan masyarakat China bahawa
kerajaan Manchu telah hilang mandat dari syurga. Turut mengeruhkan keadaan ,
apabila Negara China terpaksa menandatangani perjanjian perjanjian seperti
Perjanjian Boque , Perjanjian Wangsia , Perjanjian Whampao. Keadaan inilah yang
memberi impak yang besar kepada masyarakat China terhadap perluasan kuasa
Barat.
2.
Kekalahan China dalam siri peperangan dengan kuasa Barat telah memberi satu
tamparan yang hebat kepada masyarakat China dalam soal maruah. Maka dengan itu
Negara China ingin mengorak beberapa langkah untuk mengembalikan kekuasaan
mereka .Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895) merupakan langkah yang diambil oleh
China untuk mengatasi kekuasaan Barat.
i. Ketenteraan
Kerajaan China mengambil langkah-langkah untuk memodenkan bidang
ketenteraan.Pemimpin-pemimpin seperti Putera Kung dan Wen-hsiang bahawa
kekurangan senjata moden merupakan punca kekalahan China dalam peperangan
dengan kuasa-kuasa Barat. Kerajaan China mengambil tindakan untuk memodenkan
tentera mengikut system ketenteraan Barat. Antara langkah yang diambil ialah
pembinaan kilang senjata, penubuhan sekolah dan biro penterjemahan tujuan
untuk bidang kejuruteraan dan ketenteraan ke dalam bahasa China. Pembinaan
limbungan kapal,penubuhan angkatan tentera laut dan penghantaran
pegawai-pegawai keluar Negara merupakan reaksi masyarakat China terhadap kuasa
Barat.
ii. Ekonomi
Kerajaan China mengambil pelbagai langkah untuk membangunkan ekonomi Negara,
antaranya ialah menubuhkan pelbagai jenis industri kecil-kecilan untuk
menambahkan pendapatan negara.Hal ini kerana Negara China terpaksa menanggung
hutang yang banyak dan terpaksa membayar ganti rugi kepada kuasa-kuasa Barat
akibat kekalahan dalam perang.
iii. Membangunkan Sistem Perhubungan dan Pengangkutan
Kerajaan China beranggapan bahawa kekalahan mereka terhadap kuasa Barat ekoran
daripada system perhubungan dan pengangkutan yang kurang baik. Anara langkah
yang diambil untuk membangunkan sistem perhubungan dan pengangkutan ialah
pembinaan landasan kereta api, talian telegraf dan perkhidmatan pos. Keadaan
ini juga menggambarkan kepada kita bahawa reaksi masyarakat tempatan China
terhadap kuasa Barat membawa kepada perubahan positif kepada Negara China.
iv. Diplomatik
Kerajaan China mengambil langkah menjalinkan hubungan diplomatik dengan
kuasa-kuasa Barat untuk mengatasi kelemahan mereka iaitu dalam bidang ilmu
pengetahuan dan teknologi. Sebuah jabatan yang dikenali sebagai Tsungli Yamen
ditubuhkan bagi menguruskan hubungan diplomatik kerajaan China dengan
negara-negara Barat pada tahun 1861 .Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa
reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat membawa kebaikan kepada
masyarakat China.
v. Pendidikan
Sistem pendidikan di Negara China turut mengalami perubahan ekoran daripada
kekalahan China terhadap kuasa Barat.Pada tahun 1862 sebuah maktab bahasa yang
dikenali sebagai Tung-wen Kuan ditubuhkan di Peking.Maktab ini ditubuhkan untuk
mengajar bahasa-bahasa eropah dan ilmu pengetahuan Barat kepada pegawai-pegawai
kerajaan China.
Walau
bagaimanapun Gerakan Menguatkan Diri tidak mencapai kejayaan yang menyeluruh
ekoran daripada beberapa sebab seperti ketiadaan pemimpin yang cekap ,
tentangan daripada golongan konservatif dan ketiadaan penyelarasan. Tetapi
keadaan ini telah membawa reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat.
3
.Pemberontakan Boxer (1899)
Sentimen
anti-asing dalam kalangan orang China wujud selepas Negara China kalah dalam
peperangan dengan kuasa-kuasa Barat.Reaksi masyarakat tempatan China dapat kita
lihat melalui pemberontakan ini.Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang
asing dari China dan membunuh orang China yang beragama Kristian. Gerakan Boxer
berasal daripada sebuah kongsi gelap China yang dikenali sebagai I Ho
Chuan (Persatuan Tinju Keadilan dan Keharmonian)
Tindakan
kuasa- kuasa Barat menyebabkan wujudnya kebimbangan masyarakat China bahawa
Negara China akan dibelah bahagikan sesama kuasa Barat. Lantaran itu adalah
menjadi kewajipan orang-orang China untuk mengusir orang-orang asing keluar
dari Negara China.
Perkembangan
agama Kristian dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kepercayaan dan
falsafah orang China yang berasaskan ajaran Confucius .masyarakat China juga
turut menunjukkan kebencian terhadap orang China yang memeluk agama Kristian
sebagai pengkhianat bangsa kerana mereka telah diperalatkan oleh orang-orang
asing. Disini jelas menunjukkan kepada kita reaksi masyarakat tempatan erhadap
kuasa Barat.
Penguasaan
Ekonomi China oleh orang asing telah menambahkan sentimen anti-asing dalam
kalangan orang-orang China. Kemelesetan ekonomi dan pengangguran
merupakan impak negatif kepada China. Kemerosotan taraf hidup akibat penguasaan
ekonomi China oleh orang asing telah menyebabkan ramai petani dan penganggur
menyertai Gerakan Boxer. Malangnya Gerakan Boxer ditumpaskan oleh pasukan
tentera bersekutu yang terdiri daripada Britan,Perancis dan Rusia.
Kesimpulan:
Kesimpulannya
walaupun pelbagai reaksi yang dilakukan oleh masyarakat China terhadap kuasa
Barat namun kerajaan China terpaksa tunduk terhadap kuasa Barat pada
akhirnya.Selain itu, kerajaan China terpaksa menanggung kerugian yang banyak.Hal
ini berlaku kerana kelemahan sistem pentadbiran kerajaan China dari segi
politik, ekonomi dan sosial.Landskap politik China menampakkan perubahan yang
besar menjelang abad ke 20.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan