Sejauhmanakah maharaja memainkan peranan penting dalam pemerintahan di
negara China pada abad ke 16 hingga 20.
Negara China merupakan Negara yang mengamalkan raja dan monarki mutlak pada
abad ke 16 sehingga akhir abad ke 20. Sistem maharaja yang diamalkan ini
memperlihatkan pemerintahan beraja mengikut amalan yang diguna pakai oleh
masyarakat China. Dalam masyarakat China, sistem maharaja menduduki
hierarki teratas dalam struktur sosial dan merupakan kuasa penentu dalam
pentadbiran kerajaan.
Institusi beraja memperlihatkan kedudukan maharaja sangat penting dalam
masyarakat China, mempunyai kuasa yang cukup besar serta merupakan perlambangan
kedudukan kerajaan. Pegangan konsep beraja ini menjadi penentu kepada
maharaja dalam mempertahankan pemerintahannya.
Kedudukan politik maharaja dilegitimasikan berdasarkan konsep mandate
of havenatau mandat dari syurga. Maharaja dikatakan sebagai wakil
dari syurga atau “anak syurga” dan mendapat kuasa spiritual yang
tidak terhingga. Konsep ini juga menjelaskan bahawa maharaja
dianugerahkan kuasa memerintah oleh tuhan. Melalui konsep mandat dari
syurga, maharaja menduduki hierarki teratas dalam susunan masyarakat dan
merupakan individu yang paling berkuasa dalam kerajaan. Maharaja juga
dianggap sebagai anak syurga yang diberi mandat untuk memerintah di atas muka
bumi.
Dalam bidang eksekutif, maharaja mempunyai kuasa untuk memutuskan dasar
kerajaan, melantik dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan, serta
mengurniakan gelaran. Maharaja China berkuasa mutlak dalam melantik
pegawai-pegawai mentadbir wilayah dan daerah yang menjalankan tugas di bawah
arahannya. Pentadbiran dan pemerintahan maharaja dilaksanakan melalui
sistem berpusat, iaitu kuasa pentadbiran pusat berada di tangan maharaja yang
seterusnya dipecahkan kepada beberapa unit, iaitu Sekretariat Agung, Majlis
Tertinggi (6 Badan Menteri), dan Censorate (Lembaga Penapis).
Bagi melicinkan pemerintahan, mahajara membahagikan pentadbiran kepada tiga
fasa, iaitu pentadbiran awam, pentadbiran ketenteraan, dan pentadbiran tempatan
di bawah badan pengawas. Maharaja dibantu oleh Majlis Tertinggi yang
menjadi badan penasihat utama dan terbahagi kepada enam kementerian, iaitu
Kementerian Personal, Kementerian Kewangan, Kementerian Adat, Kementerian
Perang, Kementerian Keadilan, dan Kementerian Kerja Raya. Selain itu,
demi memastikan amanah dan kesetiaan pembesar, maharaja turut menubuhkan
Lembaga Penapis yang bertindak sebagai mata dan telinga kepada maharaja bagi
memaklumkan segala aktiviti-aktiviti pembesar China.
Seterusnya, pada peringkat wilayah pula maharaja Ming membahagikan empayarnya
kepada 15 wilayah yang seterusnya dipecahkan kepada unit-unit tempatan yang
lebih kecil. Struktur organisasi pentadbiran pada peringkat wilayah ini
diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh dua orang pegawai, iaitu
hakim dan komander tentera wilayah. Maharaja Ming juga menyerahkan urusan
pemerintahan wilayahnya kepada pegawai awam, pegawai tentera, dan pegawai
pengawas. Selain itu, pentadbiran pegawai di daerah pula ditadbir urus
oleh 6 orang menteri yang terdiri daripada Menteri Personal, Menteri Kewangan,
Menteri Adat, Menteri Perang, Menteri Keadilan, dan Menteri Kerja-kerja Awam.
Menteri tersebut akan dibantu oleh gabenor bagi setiap daerah, penyelia wilayah
dan pegawai-pegawai tempatan.
Namun begitu, Dinasti Ch’ing memperlihatkan pentadbiran wilayah diketuai oleh
gabenor dan dibantu oleh
pegawai daerah yang
dilantik oleh maharaja. Pentadbiran ketenteraan berada di bawah ilmu
ketua suruhanjaya tentera yang mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah
tertentu. Malah, maharaja turut berperanan sebagai ketua tentera bagi
seluruh empayarnya. Hal ini dibuktikan melalui usaha maharaja untuk
mempertahankan negara dari serangan luar dan meluaskan empayar pada awal
kemunculan Dinasti Ming.
Seterusnya, pemerintahan maharaja China adalah berkuasa mutlak dalam bidang
perundangan. Antara tugas maharaja ialah menggubal undang-undang,
mengendalikan kes rayuan serta memberi pengampunan kepada seseorang yang
didapati bersalah. Sistem perundangan China melaksanakan hukuman secara
kolektif dan seseorang itu dianggap bersalah sehingga terbukti dia tidak
bersalah.
Di samping itu juga, maharaja China menguasai segala sumber ekonomi negara
seperti pungutan cukai, hasil bumi, perdagangan, dan sebagainya. Hal ini
diperkuatkan lagi dengan pengiktirafan tanah sebagai hak maharaja.
Maharaja memainkan peranan penting dalam urusan dasar luar Negara. Dasar
pemerintahan maharaja ini membawa kepada peluasan perdagangan dan perkembangan
ilmu Barat di China. Ini dapat dilihat melalui dasar keterbukaan semasa
Dinasti Ming yang membenarkan kuasa Barat masuk berdagang di China.
Semasa pemerintahan Dinasti Ch’ing, iaitu pada abad ke 19 dan awal abad ke 20,
Maharaja China menjalankan dasar tutup pintu atau konsep pengasingan. Hal
ini jelas menunjukkan peranan maharaja dalam menentukan dasar luar
negara.
Maharaja juga berkuasa dalam bidang keagamaan. Dalam bidang keagamaan,
maharaja merupakan ketua agama dan melantik ketua-ketua agama bagi
mengendalikan hal ehwal keagamaan di China. Baginda juga mengetahui semua
upacara pemujaan yang diadakan di dalam negara.
Peranan maharaja dalam bidang intelektual pula adalah penaung dalam bidang
pembelajaran dan memberi bantuan kewangan kepada golongan intelektual yang
terlibat dalam menyelenggarakan serta menerbitkan kitab dan ensiklopedia.
Baginda turut terlibat dalam perkembangan ilmu pengetahuan dengan memberi
ceramah kepada pelajar-pelajar yang menuntut di Kolej Imperial. Malah,
maharaja juga mengarahkan pengendalian peperiksaan awam serta terlibat dalam
pemilihan calon dalam peperiksaan awam di peringkat kebangsaan.
Kesimpulannya, Maharaja
China berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pemerintah yang berkuasa
sehinggalah kepada Perang Candu Pertama yang menyaksikan kekalahan pihak China
dengan British. Keterpaksaan menandatangani perjanjian-perjanjian telah membawa
padah kepada sistem kemaharajaan China. Segala pembaharuan yang dilakukan
untuk menaikkan imej kemaharajaan hanya menemui kegagalan dan akhirnya sistem
beraja China selama 267 tahun ditumbangkan dalam Revolusi 1911 di China.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan