Sabtu, 23 November 2013

Aktiviti ekonomi berasaskan pertanian yang dijalankan oleh masyarakat Belanda abad ke-16 dan 17

Masyarakat  Belanda abad ke-16 dan 17 menjalankan aktiviti ekonomi  berasaskan pertanian. Bincangkan.

Masyarakat agraria merupakan masyarakat berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan serta hasil dari sungai. Kebiasaannya,  petempatan terbentuk di sekitar kawasan yang subur, misalnya di lembah-lembah sungai, kawasan berbukit serta kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik. Belanda telah mengalami ledakan ekonomi pada tahun 1585 selepas berjaya melepaskan cengkaman pemerintahan Raja Phillip II dari Sepanyol. Revolusi pertanian yang berlaku telah menaikkan taraf hidup masyarakat Belanda di Eropah. Belanda telah menjadi kuasa perdagangan di Eropah dan pelabuhan Amsterdam juga turut berkembang kesan daripada kemajuan ekonomi pada abad ke- 16 dan 17.

Masyarakat Belanda mengusahakan pertanian berskala kecil untuk dijual di pasaran tempatan dan dipasarkan di bandar lain di Belanda. Pelbagai jenis tanaman dan sayur-sayuran ditanam ialah bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan teasel.Biji kol menjadi tanaman yang mendapat perhatian petani-petani Belanda kerana tanaman ini menguntungkan. Biji kol diproses untuk  menghasilkan minyak dan menjadi  minyak yang penting bagi masyarakat Belanda menjelang pertengahan abad ke17. Kawasan Zeeland dan Bogaurden banyak ditanam dengan biji kol. Tanaman ini seterusnya ditanam di Artois, Rhineland, Schleswig dan Holstein pada abad ke-16 hingga abad ke-17

Masyarakat petani lebih memberi tumpuan kepada tanaman bijiin seperti gandum, barli dan oat sebagai sumber pertanian yang utama di Belanda. Menjelang akhir abad ke-16, petani Belanda menghasilkan gandum antara 1150 kg hingga 1900 kg bagi setiap hektar. Selain itu, tanaman seperti kobis, kekacang dan bunga-bungaan turut diusahakan. Manakala di Amsterdam, tanaman jagung diusahakan. Hasil pertanian telah diekport ke luar negara. Walau bagaimanapun  keadaan ini berubah pada abad ke17, Belanda tidak dapat memenuhi permintaan terhadap bijirin kerana pertambahan bilangan penduduk kesan dari migrasi penduduk di wilayah selatan. Kegagalan ini telah menyebabkan Belanda mengimport bijirin dari Baltik, Perancis dan wilayah Walloon.

Selain itu, dianggarkan satu perlima daripada masyarakat Belanda terlibat dalam industri perikanan yang menguntungkan Belanda.Belanda terkenal sebagai sebuah negara yang mengusahakan pembinaan kapal yang terbaik di Eropah.  Buktinya , industri pembinaan kapal di Belanda telah mendapat kepercayaan pedagang-pedagang Nngara Eropah pada abad ke-17. Misalnya pada tahun 1630an, sebanyak 2500 kapal Belanda telah digunakan dan jumlah ini merupakan separuh daripada jumlah perkapalan di Eropah.

Selain pertanian, masyarakat agraria Belanda juga menjalankan penternakan binatang. Penternakan lembu susu telah diusahakan untuk pengeluaran bahan tenusu dan Belanda merupakan  tempat utama penternakan lembu. Misalnya, pengeluaran  hasil tenusu di Holland dan Friesland amat tinggi berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain. Belanda adalah  negara pengeluar hasil tenusu seperti mentega dan keju yang terbesar di dunia. Selain dari lembu susu, lembu daging juga diternak untuk disembelih dan dieksport ke kawasan lain di selatan. Malahan, pengeksportan lembu yang telah disembelih dan diproses  berlaku antara tahun 1500 hingga tahun 1660.

Menjelang abad ke-17, penanaman bunga seperti tulip dan hop juga dijalankan secara meluas.Hal ini berikutan permintaan yang tinggi akibat peningkatan harga tulip antara tahun 1636 hingga 1637. Bunga hop pula ditanam secara meluas di sepanjang Sg Maas dan menjelang abad ke 16, penanaman ini tersebar ke luar Belanda seperti  pantai timur England iaitu di  Kent, Essex dan Surrey. Bunga hop digunakan dalam industri minuman keras sejak abad ke-14 dan terdapat 21 buah kilang minuman keras di Amsterdam dan Rotterdam antara tahun 1600 hingga 1621


Masyarakat agraria Belanda sememangnya mengamalkan aktiviti ekonomi berasaskan pertanian namun turut sama menjalankan aktiviti ekonomi lain. Perkembangan ekonomi Belanda membolehkan Belanda muncul sebagai kuasa penjajah pada abad ke19.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan