Sabtu, 23 November 2013

Amerika Syarikat mengamalkan sistem pemerintahan persekutuan .  Bincangkan pernyataan di atas  dalam konteks pemerintahan persekutuan di Amerika Syarikat.

            Persekutuan ialah gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas tetapi menjadi negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.Pemerintahan persekuatuan merupakan satu bentuk pemerintahan yang membahagikan kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan tempatan.  Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing.  Pada 4 Julai 1776, kongres dalam persidangan yang diadakan di Philadelphia melulusakan Pengisytiharan Kemerdekaan. Pengisytiharan Kemerdekaan ini telah ditulis oleh Thomas Jefferson.Melalui pengisytiharan ini, 13 buah koloni digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka.            

     Di dalam sistem pentadbiran di Amerika Syarikat, kuasa kerajaan dibahagikan kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri.Setiap kerajaan ini mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara-perkara tertentu.Pada awalnya, Artikal Persekutuan yang digubal selepas Amerika Syarikat bebas daripada British menjadi panduan dalam pembentukan negara Amerika Syarikat.Malangnya, artikal ini tidak mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat.Hal ini berpunca daripada pembahagian kuasa yang sedikit kepada kerajaan persekutuan.Secara tidak langsung kekurangan ini menjadikan Amerika Syarikat sebuah negara yang lemah dan tidak mampu untuk menjalankan projek-projek pembangunan di samping tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.Kerajaan persekutuan terpaksa bergantung kepada sumbangan kerajaan negeri sebagai sumber ekonomi. Pada peringkat ini juga, kerajaan persekutuan tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan dengan negeri-negeri atau negara lain.

      Oleh yang demikian, Konvensyen Philadelphia 1787 telah diadakan bagi membincangkan tentang kuasa yang akan diberikan kepada kerajaan pusat. Dari sini terbentuknya Perlembagaan Amerika.Perlembagaan ini memperuntukkan perkara-perkara penting seperti dasar dasar luar negeri, pertahanan, cukai, dan mata wang dikuasai oleh kerajaan pusat, member kebebasan kepada negeri-negeri menggubal undang-undang berkaitan adat dan budaya tempatan serta member kuasa yang lebih besar kepada kerajaan persekutuan.Manakala, perlembagaan memperuntukkan hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing.Menjelang tahun 1788, Sembilan buah negeri telah mengesahkan perlembagaan tersebut.Namun, oleh kerana pengaruh pihak antifederal, negeri New York masih belum dapat mengesahkan perlembagaan tersebut.Dengan hasil usaha golongan federalis seperti Alexander Hamilton, John Jay, dan James Madison menerusi penerbitan buku, The Federalis. Akhirnya, New York mengesahkan untuk menyokong Perlembagaan Amerika.

       Perlembaan Amerika juga menggariskan badan-badan memerintah negara bagi melindungi negara dari sebarang unsure-unsur authoritarian dan radikal.Perlembagaan telah menggariskan bahawa struktur kerajaan terdiri daripada tiga bahagia, iaitu Eksekutif, Perundangan, dan Kehakiman.Kuasa Eksekutif diteraju oleh Presiden.Presiden dipilih untuk tempoh empat tahun. Selepas empat tahun,Presiden boleh dilantik semula untuk penggal kedua selama empat tahun.

     Badan perundangan, iaitu Kongres terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.Kongres berfungsi utk mengimbangi kuasa Presiden yang memiliki kuasa veto. Presiden Amerika Syarikat boleh membatalkan undang-undang melalui kuasa veto dan mengawasi Kongres. Namun melalui dua pertiga undi Kongres, kedua-dua dewan dapat mengatasi kuasa veto Presiden. Ahli Dewan Senat dan Dewan Perwakilan dipilih oleh rakyat.

        Badan Kehakiman terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Badan ini merupakan badan yang bebas.Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap Presiden sekiranya Presiden melanggar perlembagaan. Pilihan raya pertama bagi Amerika Syarikat diadakan pada 4 November 1789 dan dalam pilihan raya tersebut, George Washington telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat yang pertama.


       Pembentukan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat dilihat sebagai salah satu cara yang paling berkesan untuk menggabungkan negeri-negeri yang pernah menjadi koloni British.  Kerajaan Persekutuan dilihat memberi kuasa yang lebih banyak kepada rakyat dan pada masa yang sama, hak dan kebebasan peribadi rakyat tidak diusik.  Sekaligus, ini membantu Amerika Syarikat untuk muncul sebagai kuasa besar dunia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan