Ahad, 24 November 2013

Konflik antara Rusia dengan Amerika Syarikat membawa kepada tercetusnya Perang Dingin. Bincangkan.

Pengenalan
Perang Dingin ialah persaingan terbuka tetapi terhad yang bermula selepas perang dunia kedua.
Perang ini dikenali sebagai Perang Dingin  kerana ia tidak membabitkan pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa-kuasa besar secara besar-besaran.
Perang Dingin bermula apabila Presiden Harry Truman mengisytiharkan  “Doktrin Tuman” pada tahun 1947
Perang ini tercetus akibat konflik antara Rusia dengan Amerika Syarikat

Isi-isi Penting

Konflik berlaku akibat daripada :

1.      Perbezaan ideologi politik
Amerika Syarikat dan Rusia sebagai pemenang Perang Dunia II memiliki ideologi yang berbeza
Amerika Syarikat memiliki ideologi liberal-kapitalis sedangkan Rusia berideologi komunis.
Fahaman Liberal-kapitalis mengagungkan kebebasan individu yang mengutamakan hak asasi manusia seperti hak untuk berkumpul, menyuarakan pendapat dan kebebasan media manakala ideologi komunis, rakyat tidak diberi kebebasan untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka.

2.      Perbezaan sistem ekonomi
Amerika Syarikat memperjuangkan sistem ekonomi kapitalis iaitu sistem ekonomi yang bebas daripada campur tangan kerajaan.
Rusia pula tidak menggalakkan kegiatan ekonomi bebas  kerana bimbang masyarakat terdedah kepada sistem ekonomi barat. 
Perbezaan dalam sistem ekonomi oleh kedua-dua pihak menyebabkan hubungan semakin renggang

3.      Kemunculan kuasa besar dunia yang baharu
Perang Dunia Kedua menyebabkan lahir dua kuasa besar dunia yang baharu iaitu Amerika Syarikat dan Rusia .Kedua-dua negara bersaing untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.

4.      Dasar perluasan pengaruh Rusia di Eropah
Sebelum Perang Dunia Kedua berakhir, Rusia mula meluaskan pengaruhnya di benua Eropah.
Semasa persidangan Yalta pada tahun 1945, Rusia menguasai kawasan yang menganjur hingga ke garisan Carzon dijadikan sempadan antara Rusia dan Poland.
Semasa Perang Dunia Kedua hampir tamat, Rusia mengukuhkan cengkaman terhadap Negara-negara di  Eropah Timur.
Tindakan Rusia menyebarkan pengaruh komunis di Eropah Barat menyebabkan Amerika Syarikat mengambil langkah-langkah bagi menyekat  penyebaran fahaman komunis.

5.      Perubahan pucuk pimpinan
Perubahan pucuk pimpinan Amerika Syarikat dan England menyebabkan hubungan antara kuasa-kuasa besar menjadi renggang.
Harry Truman dan Clement tidak mempunyai pengalaman dalamhal ehwal antarabangsa dan mereka amat curiga dasar luar Stalin.
Harry Truman mula mengamalkan dasar menyekat perluasan pengaruh Rusia.
Beliau bertekad menggunakan pendekatan yang lebih agresif untuk menyekat perluasan pengaruh Rusia.

6.      Hubungan renggang antara Amerika Syarikat dan Rusia
Hubungan antara Amerika Syarikat dan Rusia menjadi semakin buruk selepas bulan Mei 1945.
Tindakan Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi yang diminta oleh Rusia mengeruhkan hubungan antara kedua-dua Negara
Pada Mac 1946, Winston Churchill dalam ucapannya di Foulton, Missouri menyatakan terdapat “tirai besi” yang memisahkan Eropah Timur dan Eropah Barat.


Kesimpulan
Pemimpin-pemimpin di barat percaya kepada ‘teori domino’ iaitu apabila sesebuah negara dikuasai oleh komunis maka satu demi satu negara-negara lain akan jatuh ke tangan komunis.
Amerika Syarikat dan Britain bertekad menyekat  perkembangan komunis di mana-mana negara.

Keadaan ini mencetuskan ketegangan  antara Rusia dengan Amerika Syarikat serta merancakkan Perang Dingin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan