Raja Louis
XIV(1643-1715 )melaksanakan pemerintahan monarki di Perancis dengan mengukuhkan
dasar dalam negara semasa pemerintahannnya.Bincangkan.
Pengenalan
Raja
Louis XIV ditabal sebagai pemerintah Perancis pada tahun 1643.Memerintah selama
72tahun dan menjalankan pemerintahan secara mutlak.Baginda mengambil beberapa
langkah untuk mengukuhkan pemerintahan monarki iaitu menjalankan dasar dalam
negara untuk mengukuhkan pemerintahan monarki.
Isi
Dasar Dalam Negara
Raja
Louis XIV menjalankan dasar pentadbiran yang membawa keamanan Perancis
dengan memperkenalkan pelbagai langkah untuk menyusun semula pentadbiran.
Antara lainnya , baginda memperkenalkan 4 majlis utama iaitu Majlis Negara,
Majlis Despatches, Majlis Kewangan dan Majlis Privy. Majlis Negara
berperanan menguruskan hal ehwal luar negara. Majlis Despatches mengurus
semua hal ehwal tempatan kecuali kewangan, Majlis Kewangan mengurus hal
percukaian, tarif, perbelanjaan dan pendapatan Negara dan Majlis Privy
berperanan dalam menguruskan bidang pentadbiran keadilan.
Baginda
juga mengukuhkan pengurusan pentadbiran dengan melantik menteri berkebolehan
seperti Colbert sebagai Menteri Kewangan, Louvois sebagai menteri Penerangan
dan Vauban sebagai Menteri Ketenteraaan. Selain itu baginda menggunakan
khidmat pegawai berkebolehan bagi mengukuhkan kuasa di provinsi bagi
melaksanakan dasar-dasar diraja di pelbagai provinsi
Dasar Ekonomi
Raja
Louis XIV telah melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme untuk
mengukuhkan
kedudukan
negaranya. Baginda memperkenalkan dan memulakan industri baru,
memansuhkan tarif tempatan, mengawal harga barang serta berusaha membina gudang
senjata di Toulan. Malah baginda juga mengadakan perhentian dagang di
India, Senegal dan Madagascar untuk menggalakan perdagangan antarabangsa dan
meningkatkan perdagangan Perancis. Selain itu baginda menggunakan pelbagai
sekatan untuk meningkatkan industri tempatan contohnya, mengenakan bayaran
tarif yang tinggi kepada barangan asing serta cukai yang tinggi kepada
kapal asing yang menggunakan pelabuhan Perancis. Baginda memberi bantuan
kewangan kepada industri perkapalan Perancis yang menjalankan perdagangan.
Dasar Ketenteraan
Raja
Louis XIV juga mengukuhkan kuasa monarki dengan menjalankan dasar ketenteraan.
Antara lainnya baginda melakukan pembaharuan dan mengawal bidang ketenteraan
seperti langkah menghapus dominasi golongan bangsawan dalam bidang
ketenteraan, meletakkan tentera dalam kawalan baginda dan melantik
pegawai-pegawai tentera berasaskan merit. Untuk menarik kesetiaan golongan
tentera baginda menambahbaik ketenteraan dengan merekrut anggota tentera dan
menyediakan kemudahan seperti perumahan dan bekalan makanan.Kesannya
tentera Perancis muncul sebagai pasukan tentera yang terkuat di Eropah
Dasar Agama
Dasar
lain yang diamalkan oleh Raja Louis XIV untuk mengukuhkan kekuasaan monarki
adalah memaksa golongan Huguenot menerima agama Katolik. Baginda
telah membatalkan Edict of Nantes yang memberi kebebasan
beragama kepada golongan Huguenot pada 1685. Hal ini menyebabkan
seramai 200 ribu orang orang Huguenot meninggalkan Perancis. Melalui
dasar luar Raja Louis IXV melakukan dasar perluasan kuasa dan berjaya meluaskan
wilayah Perancis hingga ke perbatasan Sungai Rhine. Baginda menguasai wilayah-wilayah
yang diperintah oleh putera-putera Jerman, Belguim dan Belanda
Kesimpulan
Raja
Louis XIV mengukuhkan pemerintahan monarkinya bukan sahaja melalui dasar dalam
negara tetapi melalui dasar lain seperti dasar ekonomi, dasar ketenteraan dan
dasar agama.Semua dasar yang dijalankan berjaya mengukuhkan kedudukan sistem
tersebut. Kesannya Perancis muncul sebagai negara yang kuat dan berpengaruh di
Eropah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan