Ahad, 24 November 2013

Terangkan penglibatanAmerika Syarikat dan United Kingdom dalam North Atlantic Treaty Organisation (NATO).

Pengenalan :

NATO ditubuhkan pada 4 April 1949.Pada asalnya, hanya 12 negara sahaja menganggotai pertubuhan ini.Ibu pejabat NATO ialah di Paris.NATO telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan utama dalam pertahanan dan keselamatan di Eropah Barat. Faktor penubuhan NATO ialah menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah, melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah, mengekang peluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah, dan mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB.
Strategi NATO ialah bagi mewujudkan system pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggotanya terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota.Pada dasarnya, NATO bertujuan membendung pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union.

Isi –isi penting :

United Kingdom memainkan peranan utama dalam proses pembentukan NATO. Sekiranya dirujukkepadakoleksisurat-suratperibadi Ernest Bevin, SetiausahaLuar Britain daritahun 1946 hingga 1951, dandokumen yang dihasilkanoleholeh Foreign Office, United Kingdom sememangnyamenyusunstrategidenganmengetengahkanperananbesarAmerika Syarikat dalam proses penubuhan NATO.

Ini bermakna, United Kingdom Berjaya untuk tidak menonjolkan peranan mereka walaupun pihak British merupakan“ pemain utama” (key player) dalam proses pembentukan NATO.
Dalam hal ini, United Kingdom yang ketika itu diterajui oleh Parti Buruh telah menyusun pelbagai strategi bagi memastikan pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh Amerika Syarikat.
Berdasarkan pengalaman United Kingdom, sesuatu pertubuhan itu kurang berkesan jika tidak disertai oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku ke atas Liga Bangsa.

Presiden Harry S. Truman belum bersedia menghadapi ancaman Soviet Union di Eropah dan pihak United Kingdom perlu membuat perancangan jangka panjang untuk melibatkan Amerika Syarikat dalam soal keselamatan di Eropah khususnya.

Oleh itu, kewujudan NATO adalah bertepatan dengan perkembangan politik antarabangsa ketika itu.
Perkembangan  politik antarabangsa sepanjang tahun 1945 hingga tahun 1949 menyebabkan Britain dan Amerika Syarikat mengambil inisiatif untuk menubuhkan NATO.

Soviet Union memberi satu persepsi bahawa “NATO ialah Amerika Syarikat” dan “Amerika Syarikat adalah NATO”.
Ini bermakna, NATO didominasikan oleh Amerika Syarikat berbanding negara-negara lain.
Perang Dingin telah menyebabkan hubungan antara United Kingdom dengan Amerika Syarikat menjadi akrab.
Hubungan antara kedua-dua kuasa besar dalam bentuk bilateral boleh dilihat dalam bentuk perundingan diplomatik, kerjasama ketenteraan, dan perisikan.

Kesimpulan :


Komitmen berterusan Amerika Syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan, dan kestabilan sebagai institusi yang berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dunia secara praktikal bukan sekadar di Eropah sahaja malah di seluruh dunia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan