Sabtu, 23 November 2013

Masyarakat  Portugal mempunyai  kebijaksanaan dalam bidang maritim pada abad ke 16 dan 17. Buktikan pernyataan ini.

Pengenalan
Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut. Masyarakat  ini terlibat dalam perdagangan , perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan, penjelajahan dan aktiviti-aktiviti lain yang mempunyai kaitan dengan kelautan. Kemunculan masyarakat maritim di negara Eropah dapat dikesan sejak abad ke-15. Portugal muncul sebagai kuasa laut yang terunggul menjelang abad ke-16 . Orang Portugis ialah bangsa Eropah terawal mempelopori pelayaran-pelayaran ke seberang laut pada abad ke-15 .

Isi-isi penting

1.      Kebijaksanaan dalam teknologi pelayaran
Masyarakat maritim mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran.Masyarakat maritim mempunyai kemahiran menentukan arah pelayaran dengan menggunakan kompas magnetik dan astrolabe.Mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu nautical.Putera Henry mendirikan sebuah sekolah pelayaran untukmelatih ahli pelayaran dan jurumudi di Sagres.

2.      Kebijaksanaan membina kapal
Masyarakat maritim juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal.Mampu membina kapal yang besar seperti caravel yang boleh belayar di lautan luas. Kemajuan dalam pembinaan kapal menyebabkan muncul industri pembinaan kapal di Portugal

3.      Kebijaksanaan memilih petempatan
Lazimnya masyarakat maritim tinggal di kawasan pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan. Kedudukan berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan aktiviti berkaitan dengan laut

4.      Kebijaksanaan tokoh kepimpinan
Galakan pucuk pimpinan telah menjadikan Portugal kuasaa maritim hebat di Eropah. Putera Henry atau dikenali sebagai Henry the Navigator banyak menghabiskan masanya mempromosikan kegiatan penjelajahan.Beliau menubuhkan Akademi Laut di Sarges dan mengundang ramai ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi serta astronomi dari luar untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal

5.      Kebijaksanaan ilmu pengetahuan/kajibintang
Masyarakat maritim portugal menguasai kemahiran penggunaan kompas dan dapat membantu arah pelayaran. Mereka mencipta peta pelayaran  yang lengkap tentang benua eropah dan laut Mediteranean pada abad ke 15 yang memudahkan pelayaran.Kesannya mereka dapat melalui tempat yang sukar dan membuka petempatan baharu

6.      Kemahiran menguasai laut
Mempunyai keupayaan dan kebolehan dalam menguasai jalan laut. Mengatur langkah untuk mencari dan menguasai laluan laut ke Timur .Mendirikan pangkalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Jawa dan Kepulauan Rempah

7.      Semangat inkuiri
Masyarakat maritim memiliki semangat keterbukaan.Sanggup mengharungi lautan luas dan belayar ke negara-negara lain. Menjalin hubungan dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan.Hasilnya berlaku pemindahan idea dan teknologi. Melahirkan cerdik pandai yang dapat menghasilkan ciptaan-ciptaan baru

8.      Kebijaksanaan memilih kegiatan ekonomi berasaskan kelautan
Kegiatan  utama masyarakat maritim ialah aktiviti perdagangan .Masyarakat maritim membekalkan hasil tempatan kepada pedagang-pedagang asing yang singgah di pelabuhan. Mereka juga terlibat dalam membeli dan mengedarkan barang dagangan kepada pedagang-pedagang asing yang singgah di pelabuhan.

Kesimpulan

 Kekayaan dan kemakmuran yang dinikmati oleh Portugal sebagai kuasa maritim adalah berpunca daripada kebijaksanaan bangsa Eropah tersebut. Ini menyebabkan bangsa Eropah yang lain turut serta dalam penerokaan dan pelayaran .Kejayaan dalam maritim ini telah membawa kepada kelahiran masyarakat industri di Eropah kerana kebanjiran masuk bahan mentah dari tanah jajahan  dan peluang pasaran. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan