Nilaikan peranan yang dimainkan oleh Dr.Sun Yat dalam
Revolusi China pada tahun 1911.
Pengenalan:
Dr. Sun Yat sen iaitu “Bapa Revolusi
China”dilahirkan pada 12 November 1866 di Hsiang Shan ,Kwangtung,China Selatan.
Beliau mendapat pendidikan klasik Kung Fu Tze dari umur 6 tahun hingga 12
tahun. Pada tahun 1879, beliau telah memasuki sekolah mubaligh Anglican di
Honolulu,Hawaii dan meneruskan pengajian di Kolej Oahu sehingga tahun 1883.
Pada tahun 1887,beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan Queens
College,Hong Kong. Semasa menuntut di Hong Kong inilah beliau mula cenderung
ke arah perkembangan politik moden terutamanya mengenai nasionalisme,demokrasi
ala-Amerika dan sejarah revolusinya.Keadaan politik di Hawaii dan Hong
Kong juga telah mempengaruhinya untuk menggulingkan sistem monarki dan
menubuhkan kerajaan republik China. Dr
Sun Yat Sen memainkan peranan penting dalam memimpin dan
menggerakkan pergerakan revolusi di China.
Isi-isi:
Menubuhkan pertubuhan revolusioner
Dalam usaha mengadakan revolusi,Dr
Sun Yat Sen berpendapat sokongan orang-orang Cina seberang laut amatlah penting
selain sokongan dalam negara.Justeru itu,pada 24 November 1894,Dr Sun Yat Sen
telah menubuhkan sebuah pertubuhan revolusioner yang dikenali sebagai Hsing
Chung-hui atau Persatuan Memulihkan Negara China di Honolulu,Hawaii.Keahlian
persatuan ini seramai 112 orang yang kebanyakkannya golongan sarjana.Slogan
perjuangannya ialah “Singkirkan Orang-orang Manchu,Pulihkan Pemerintahan
Orang-orang China dan tubuhkan Republik.Matlamat utama pertubuhan tersebut
adalah untuk menggulingkan kerajaan Manchu .Beliau mendapat sokongan daripada
orang Cina di seberang laut untuk melancarkan pemberontakan.Pertubuhan ini juga
mempunyai hubungan dengan cawangan-cawangannya yang ditubuhkan secara sulit di
wilayah-wilayah dalam China.Walaupun pemberontakan yang dilancarkan oleh mereka
gagal,Dr Sun Yat Sen telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dalam
kalangan orang-orang Cina di dalam dan luar negara.
Menubuhkan Parti Revolusi
Ketika di Jepun,Dr Sun Yat Sen
menubuhkan Parti Revolusi atau Tung Meng-hui atau Liga Bersatu di Tokyo pada 20
Ogos 1905.Tung Meng Hui merupakan gabungan Hsing Chung-hui dengan dua persatuan
revolusioner iaitu Hua Hsing-huidan Kung Fu-hui.Matlamat utama parti ialah
untuk menjatuhkan kerajaan Manchu dan menubuhkan kerajaan republik di
China.Tung Meng-hui juga bermatlamat untuk menjadikan tanah-tanah sebagai hak
kerajaan dan menghapuskan penguasaan kuasa asing di China.Cawangan Tung
Meng-hui ditubuhkan di Brusells,San Francisco,Singapura,Tanah Melayu dan
Honolulu.Di China cawangan Tung Meng-hui terdapat di bandar-bandar utama di
seluruh negara.Menerusi cawangan-cawangan di seberang laut pula,beliau
memperoleh wang dan merekrut sukarelawan bagi melancarkan pemberontakan.Usaha
yang dilakukan oleh Dr Sun Yat Sen menunjukkan bahawa beliau memberi sumbangan
yang besar dan berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan perjuangannya
dalam kalangan orang-orang Cina.Orang-orang Cina juga cuba disatukannya di
bawah perjuangan yang sama dalam menyingkirkan Manchu dari bumi China.
Menyebarkan perasaan anti-Manchu
Peranannya tidak terhenti setakat itu
sahaja dalam menyebarkan perasaan anti-Manchu dalam kalangan rakyat China.Dr
Sun Yat Sen turut menyampaikan ceramah dan menulis rencana-rencana dalam akhbar
Min Pao(The People) di Tokyo.Melalui penerbitan rencananya idea-idea republik
disebarkan.Gerakan revolusioner Dr Sun Yat Sen akhirnya telah mendapat sokongan
daripada orang ramai terutamanya pelajar dan rakyat yang tidak puas hati dengan
kezaliman kerajaan Manchu.Gerakan revolusioner Dr Sun Yat Sen juga disokong
oleh kumpulan kongsi gelap dan anggota tentera yang mendapat latihan di
Barat.Selain itu beliau turut berkunjung ke merata tempat di dunia seperti
Amerika dan Eropah bagi mendapat sokongan moral dan material dari masyarakat
Cina luar negeri.Kesungguhan beliau menghasilkan kejayaan apabila bantuan
kewangan yang diperolehi misalnya dapat membantu Tung Meng Hui menjalankan
pemberontakan di China.
Mengemukakan ideologi revolusi
Peranan yang dimainkannya menjadi lebih
berkesan dan menarik sokongan orang-orang Cina apabila beliau
mengemukakan ideologi atau prinsip perjuangan yang relevan dengan situasi
semasa .Ideologi revolusi atau prinsip perjuangan yang dikemukannya
dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat atau San Min Chu I iaitu nasionalisme,demokrasi
dan kebajikan sosial. Prinsip ini juga diterima sebagai ideologi utama Tung
Meng-hui serta menjadi asas kepada perkembangan gerakan revolusioner di China.
Melancarkan pemberontakan
Antara tahun 1891-1911,Dr Sun
Yat Sen dan pengikut-pengikutnya berperanan dalam merancang dan melancarkan 10
kali pemberontakan di China bagi menggulingkan kerajaan Manchu.Beberapa
pemberontakan kecil telah berjaya dilancarkan di beberapa tempat di wilayah
Selatan China.Pada awalnya perancangan pemberontakan ini dilakukan di
Jepun.Namun setelah mendapat tentangan daripada Kerajaan China Dr Sun Yat Sen
telah beralih pula ke Hanoi.Pada 11April 1911,gerakan revolusi telah
dilancarkan namun menemui kegagalan.Walaupun gagal pengaruh,martabat dan
kewibawaan Manchu merosot. Dr Sun Yat Sen dan pertubuhan Tung Meng Hui
telah berjaya mempengaruhi tentera China melancarkan pemberontakan.Akhirnya
pemberontakan Wu Cang pada 10 Oktober 1911 telah berjaya mengakibatkan
kejatuhan Manchu dan penubuhan sebuah kerajaan republik di China.
Kesimpulan
Dr Sun Yat Sen merupakan seorang
tokoh yang berperanan penting dalam Revolusi China 1911.Beliau memainkan
peranan dalam mengatur dan memimpin gerakan revolusioner di China.Beliau juga
seorang tokoh revolusioner yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal jemu dalam
perjuangannya.Peranan beliau akhirnya membuahkan hasil apabila tentera
revolusioner telah melancarkan revolusi yang menyebabkan kerajaan Manchu
tumbang dan sebuah kerajaan republik berjaya ditubuhkan di China.Dr Sun Yat Sen
telah dilantik sebagai Presiden Kerajaan Sementara di Nanking.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan