Ahad, 24 November 2013

 “Pembaharuan yang dilakukan  semasa pemerintahan Maharaja Meiji meletakkan asas bagi kemajuan dalam sektor perindustrian di Jepun.” Nilaikan pernyataan ini. 

Pengenalan

Latar belakang Jepun : sebuah negara yang mengamalkan dasar tutup pintu (sakoku) atau dasar pemencilan. Kedatangan Komondor Matthew Perry dengan “kapal hitam” Angkatan laut Amerika Syarikat berjaya mengubah dasar tutup pintu
Perubahan sistem pemerintahan Jepun : melalui perjanjian Kanagawa (Konvensyen Kanagawa) Matthew Perry dengan angkatan laut yang kuat dan berteknologi moden berjaya memaksa Jepun menerima kehadiran kuasa Barat.
Pemerintahan Meiji :  peralihan era keshogunan (yang mengamalkan dasar feudal) kepada era Meiji. Bermulanya zaman Pemulihan Meiji atau zaman pembaharuan Meiji. Membawa kesan positif di Jepun seperti mempercepat proses pemulihan dan perindustrian di Jepun.

Isi 
Pembaharuan semasa pemerintahan Meiji:

1.      Dasar kerajaan Meiji
-      kerajaan  memberikan bantuan kepada pengusaha persendirian
-      bantuan modal kepada pengusaha industri
-      latihan dan khidmat nasihat kepada pengusaha industri
-      bengkel-bengkel mengenai teknik perniagaan
-      mendapatkan khidmat pakar daripada luar negara untuk memodenkan perindustrian

2.      Pembaharuan dalam bidang ekonomi
a)    sektor pertanian berkembang pesat
-      langkah tingkatkan pengeluaran hasil pertanian
-      hantar pelajar jurusan pertanian ke luar negara
-      import pakar pertanian
-      import benih baru
-      baja kimia digunakan secara intensif
-      sistem pengairan dibaiki
-      menggalakkan tanaman dagang seperti teh dan sutera

b)    dasar kewangan yang teratur
-      mata wang diperkenalkan                      
-      bank ditubuhkan (contoh: Mitsui-Ono Bank, Bank Negara, Bank Pusat Jepun, Bank         Hypothec, Bank Perindustrian)
-      akhir abad ke-19, 200 buah bank) telah membantu pertumbuhan industri

                          
3.      Langkah lain
-                kemajuan dalam pengangkutan
-                kemajuan telegraf
-                kemunculan pengusaha-pengusaha baru

Kesimpulan
-                Peranan kerajaan amat penting sebagai asas kepada kemajuan negara dalam semua bidang.
-                Maharaja Meiji dan pemimpin-pemimpin Meiji memainkan peranan penting dalam meletakkan asas perkembangan sektor perindustrian di Jepun.

-                Hingga kini Jepun menjadi negara maju yang setanding dengan negara Barat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan