Masyarakat
feudal England dan Jepun mempunyai corak kehidupan yang unik pada abad
ke-16 dan 17. Bandingkan .
Sistem
feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu
tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat.Dalam sistem feudal, kedudukan
seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut
hierarki. Negara Jepun dan England mengamalkan sistem feudal pada abad ke 16
dan 17 .Pemerintah Jepun pada abad ke 17 berada di bawah kekuasaan Keshogunan
Tokugawa.Di England pula berada di bawah pemerintahan monarki baru.Amalan
sistem feudal di kedua-dua pemerintahan ini mempunyai keunikan tersendiri.
Dalam
susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke 17, raja
mempunyai kedudukan yang tertinggi.Raja pada masa itu sangat dihormati dan
merupakan lambang perpaduan.Raja juga sering dikaitkan dengan agama dan
kepercayaan. Raja England merupakan ketua gereja Kristian.Manakala Maharaja
Jepun merupakan Tuhan Matahari.Malahan pada masa itu, Raja England merupakan
pemerintah berkuasa mutlak.Sebaliknya Maharaja Jepun hanya memerintah dari segi
teori sahaja.Ini kerana Maharaja Jepun telah menyerahkan tanggungjawab
memerintah kepada Shogun sejak tahun 1192. Menjelang abad ke- 17, Shogun
Tokugawa memerintah Jepun bagi pihak Maharaja. Maharaja tinggal terpencil dan
terpisah di Kyoto dengan dikelilingi oleh pegawai istana.
Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan pembesar. Golongan bangsawan di
England dikenali sebagai Lord .Di negara Jepun, pembesar dikenali sebagai
daimyo. Kedudukan bangsawan di England terbahagi kepada beberapa lapisan
seperti bangsawan kelas pertama, bangsawan kelas kedua dan bangsawan
kelas ketiga. Pembahagian berkaitan dengan keluasan tanah yang dimiliki. Manakala di Negara Jepun terdapat seorang ketua daimyo yang dikenali
sebagai Shogun. Daimyo-daimyo pula dibahagi kepada 3 golongan iaitu
Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan
ahli keluarga Tokugawa dan sekutunya.Mereka membantu Tokugawa menguasai
pemerintahan dan dikurniakan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu.Daimyo
Shimpan dikenali sebagai rumah bersaudara yang terdiri daripada saudara-mara
keluarga Tokugawa. Daimyo Tuzama pula dikenali sebagai daimyo luar di
mana mereka merupakan musuh Shogun Tokugawa yang terdiri daripada suku-suku
Barat.Mereka juga dilarang mengumpul kekayaan demi mengelakkan mereka menjadi
terlalu kuat dan mengancam kedudukan Shogun.Oleh itu sistem pembesar feudal di
Jepun sangat berbeza dengan sistem pembesar feudal di England.
Di Negara Jepun, daimyo memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam
bidang pentadbiran. Golongan daimyo menguasai dan mentadbir daerah-daerah yang
diberikan oleh Shogun kepada mereka.Manakala kedudukan bangsawan di England
mengalami kemerosotan dengan kemunculan monarki baru.Raja monarki baru mampu
mengawal golongan bangsawan. Ini kerana mereka tidak bergantung sepenuhnya
kepada ketenteraan yang dibekalkan bangsawan kerana raja mempunyai
tentera upahan. Namun begitu Raja masih lagi memerlukan sokongan golongan
bangsawan . Raja telah memberi gelaran-gelaran kepada golongan bangsawan
seperti Lord , Earl dan Duke justeru kesetiaan bangsawan terhadap raja dapat
dikekalkan. Di Jepun pula, Shogun telah member tanah kepada daimyo untuk
mendapatkan sokongan dan kesetiaan.
Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan ketenteraan.Di England golongan
tentera dikenali sebagai Knight.Di Jepun golongan tentera dikenali sebagai
Samurai. Knight dan Samurai ini berkhidmat kepada pembesar. Golongan Knight di
England mempunyai hak untuk mengutip cukai daripada penduduk di bawah
penguasaan mereka.Sebaliknya golongan samurai Jepun tidak mempunyai
tanah. Oleh itu, kekayaan golongan Knight diukur berdasarkan jumlah tanah yang
dimiliki tetapi kekayaan golongan samurai diukur berdasarkan jumlah beras yang
dimiliki. Satu lagi perbezaan antara Knight dan Samurai ialah golongan Knight
di England adalah buta huruf dan hanya menawarkan perkhidmatan mereka dalam
bidang ketenteraan. Sebaliknya golongan Samurai merupakan golongan yang paling
berpendidikan dalam sistem feudal.Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam kalangan
pahlawadi Jepun.Semasa zaman keamanan Tokugawa, samurai melibatkan diri dalam
aktiviti kesenian seperti tarian Kabuki.
Masyarakat
petani merupakan golongan yang penting dalam sistem feudal di Jepun dan
England. Di England golongan petani dikenali sebagai Freeman dan Villein,
manakala golongan petani Jepun dikenali sebagai nomin. Di England golongan
petani tidak mempunyai tanah dan hanya mengusahakan tanah milik tuan tanah.
Sebagai balasannya , tuan tanah akan memberi mereka perlindungan dan jaminan
keselamatan. Sebaliknya petani di Jepun mempunyai kedudukan yang tertinggi
dalam kalangan rakyat jelata. Mereka memiliki tanah sendiri . Golongan petani
akan membayar sewa kepada tuan tanah dengan menyerahkan sebahagian daripada
hasil pertanian. Di samping itu, petani juga diperlukan untuk menawarkan
khidmat buruh kepada tuan tanah. Manakala petani di Jepun terpaksa membayar
cukai yang tinggi.Kebiasaannya petani Jepun menyerahkan 50% daripada hasil
keluaran sebagai cukai tahunan kepada daimyo.Petani juga memberi beras kepada
Samurai untuk mendapat jaminan keselamatan.
Berdasarkan
perbincangan di atas, terdapat perbezaan dan pesamaan dalam sistem feudal yang
menjadi amalan di Jepun dan England.Keduan-dua sistem feudal mempunyai keunikan
masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan