PBB berjaya membawa keamanan dunia selepas Perang Dunia
Kedua. Bincangkan.
Pengenalan
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada bulan
Oktober 1945.
Matlamat utama penubuhan PBB adalah untuk memelihara
keamanan dan keselamatan sejagat.
PBB juga memainkan perannan menyelesaikan konflik
antarabangsa antara secara aman tanpa penggunaan kekerasan.
Sejak awalan penubuhan hingga ke hari ini, PBB telah
memberikan sumbangan yang amat besar dalam memelihara keamanan dan
kesejahteraan masyarakat dunia.
Isi-isi penting
Kemerdekaan wilayah jajahan
PBB memainkan peranan menyelesaikan masalah kemerdekaan
wilayah jajahan.
Pada tahun 1960, PBB memluluskan perisytiharan kemerdekaan
kepada wilayah dan penduduk negara yang dijajah.
Masalah pelarian
PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian.
Bagi menangani masalah ini, PBB mengadakan rundingan
diplomatik bagi menempatkan pelarian di negara-negara tertentu.
Dasar Apartied
PBB menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah
Aparteid.
Pada tahun 1963, Perhimpunan Agung PBB meluluskan
Perisytiharaan Pmbasmian Segala Bentuk Diskriminasi Ras.
Hak asasi sejagat
Pada tahun 1948, PBB menggubal Perisytiharan Hak Asasi
Sejagat.
Perjanjian berhubung dengan hak asasi sejagat diluluskan
oleh PBB pada tahun 1966.
Menangani konflik antarabangsa
PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik secara
aman.
Pada tahun 1956, Majlis Keselamatan berjaya menyelesaikan
krisis Terusan Suez.
PBB juga menghantar pasukan pendamai ke Congo pada tahun
1960 untuk memulihkan keamanan di negara tersebut.
Membantu negara mangsa perang
PBB memberi bantuan kepada negara-negara yang menjadi mangsa
perang "Program Bantuan dan Pembangunan Semula PBB".
Dalam konteks ini, PBB memberi khidmat kebajikan bagi
memastikan kualiti kehidupan rakyat di negara tersebut terpelihara.
Membangunkan negara-negara mundur
PBB menyediakan pinjaman untuk pembangunan negara-negara
mundur.
International Develpoment Association (IDA) ditubuhkan untuk membiayai projek yang memberi
sumbangan kepada kemajuan wilayah.
Menyelesaikan perebutan pulau
PBB berusaha menangani masalah perebutan pulau agar
ketegangan antara negara dapat dikurangkan.
Bagi menyelesaikan masalah perebutan pulau, PBB melaksanakan
Undang-undang Laut pada tahun 1994.
Mengatasi perlumbaan senjata
PBB mengambil langkah menyekat penggunaan senjata nuklear
dan senjata kimia yang meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang.
Sebagai contoh, PBB mempengaruhi Soviet Union dan Amerika
Syarikay mengundurkan peluru berpandu dalam krisis di Cuba.
Kesimpulan
PBB berjaya mempertahankan keamanan dan kesejahteraan
masyarakat dunia dengan berkesan.
PBB juga mengambil langkah-langkah bagi menangani
konflikyang melibatkan negara-negara anggota.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan