Sumbangan yang
diketengahkan oleh Charles Louis Montesquieu melalui karya-karya beliau banyak
membawa perubahan kepada landskap politik di Eropah
pada abad ke-19. Bincangkan.
Pengenalan
Zaman
Pencerahan (enlinghtenment) (1650-1800 M) adalah satu gerakan intelektual yang
berlaku di Eropah selepas Renaisans dan Reformasi .
Enlightenment
bererti Zaman Kesedaran iaitu semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah
kritikal dan berasaskan sebab-musabab dan keadah-kaedah saintifik.
Zaman
ini mewakili suatu gerakan menuju masyarakat yang lebih terbuka, mengarah
untuk kebahagiaan individu, perlembagaan, toleransi, fikiran yang tidak
dikongkong dan suatu masyarakat yang bedasarkan undang-undang. Antara ahli-ahli
falsafah yang berpengaruh ialah Charles Louis Montesquieu (1689-1755)
Atau:
Latar
belakang Charles Louis Montesquie, dilahirkan di Chateau de la Brede, barat
daya Perancis pada 18 Januari 1689.Lulusan undang-undang dari Universiti
Bordeaux dan Berjaya jadi peguam pada 1708.Beliau merupakan tokoh pemikir
politik Perancis dan banyak memberi sumbangan dan idea semasa Zaman
Pencerahan.Pada tahun 1716, Montesquieu dilantik sbg Presiden Parlimen Bordeaux
menggantikan bapa saudaranya.
Idea
beliau melalui buku yang terkenal ialah Spirit of the Laws yang diterbitkan
pada tahun 1748 telah membawa perubahan yang besar kepada lanskap politik dunia
pada abad ke 19.
Karya
lain ialah The Considerations on the Causes of the Grandeur and Decadence of
the Romans (1734) dan Letters Persanes (1721)
Isi
The
Spirit of Laws mengetengahkan 2 idea utama iaitu pertama bentuk kerajaan
yang berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan.
Contohnya
despotisme (pemerintahan mutlak) hanya sesuai untuk empayar yang besar
dalam iklim panas dan demokrasi hanya akan berfungsi dalam negara kota kecil.
Doktrin
yang kedua ialah menentang pemerintahan mutlak di Perancis iaitu pembahagian
dan imbangan kuasa.Menurut beliau pemerintahan mutlak menyekat kebebasan hak
asasi rakyat.
Doktrin
yang terkenal ialah doktrin pembahagian kuasa . Menurut beliau kuasa perlu
dibahagikan antara raja, bangsawan, bandar dan gereja. Beliau menegaskan perlu
ada pemisahan antara pembentuk undang-undang /perundangan (eksekutif),
Pelaksana keputusan perwakilan rakyat (cabinet) dan penghukum / pelanggar
undang-undang /kehakiman (judiciary)
Bila
ketiga-tiga jentera ini menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat akan
memiliki kebebasan.
Buku
The Consideration on the Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans
pula memaparkan sejarah kebangkitan, kegemilangan dan kejatuan kerajaan Rom.
Beliau
menyatakan dengan memahami kegemilangan dan kejatuhan sesebuah empayar,
sesorang perlu memahami masyarakatnya terlebih dahulu dan boleh dijadikan
iktibar untuk sesebuah negara. Kemerosotan moral dalam anggota masyarakat
membawa kepada kejatuhan empayar Rom
Karya
Letters Persanes pula mengkritik masyarakat Perancis khususnya kerana
kemerosotan moral pada penghujung zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Louis
XV.
Kesan
kepada perubahan lanskap politik eropah/dunia:-
Menamatkan
pemerintahan mutlak di Perancis apabila berlakunya Revolusi Perancis pada 1789.
Revolusi
ini menamatkan pemerintahan feudal dan digantikan pemerintahan yang mendokong
kedaulatan rakyat (Prinsip rakyat harus memerintah sendiri), kebebasan
(kebebasan daripada kerajaan mutlak termasuk penangkapan dan pemenjaraan yang
tidak adil) dan persamaan (hak yang sama kepada setiap individu dalam segala
bidang.
Muncul
pemerintah enlightened despot iaitu raja-raja memerintah dengan penuh
kesedaran dan mempraktikan undang-undang yang tegas.
Selain
itu, berlakunya pemusatan kuasa dalam pemerintahan iaitu keistimewaan
yang dimiliki oleh provinsi (wilayah ) dihapuskan
Berlaku
perubahan dalam jentera pentadbiran iaitu pemerintah membina jentera pentadbiran
sebuah Negara moden yang berfungsi tanpa campur tangan raja. Raja-raja juga
bertindak menggantikan pegawai-pegawai kerajaan di peringkat pusat, provinsi
dan tempatan.Perlantikan mereka berasaskan teori-toeri politik oleh golongan
intelektual.
Perubahan
sistem percukaian iaitu raja menghapuskan imuniti yang dinikmati oleh golongan
bangsawan dan cukai ditaksir dan dibayar mengikut kemampuan pembayar.
Doktrin
beliau mengenai pengasingan kuasa amat berpengaruh terhadap bangsa
Amerika dan beberapa negara lain sehinggakan penggubalan Perlembagaan Amerika
Syarikat pada tahun 1787 berdasarkan idea beliau.
Kesimpulan
Charles
Louis Montesquieu telah banyak memberikan sumbangan kepada Perancis
khususnya iaitu dengan meletakkan asas bagi kemunculan revolusi di
Perancis dan mengubah secara drastik lanskap politik, ekonomi dan
sosial di Eropah apabila idea beliau tersebar ke Negara-negara lain di benua
Eropah. Idea dan doktrin beliau mempunyai pengaruh dalam penggubalan
perlembagaan di dunia hari ini.
sangat membantu :)
BalasPadam